Blogger Layouts

SeDetiK


Get your own Digital Clock

Thursday, 5 May 2011

:: Abah my HeRo::

Baru je siap isi borang mohon keja kat uitm...harap2 dapatlah yew....kalau tak dapat pun nak buat camne mungkin bukan rezeki minah lagi. klu tak dapat "never give up" yew minah....cuba lagi...hurmm tgah2 mintak kerja nie..minah teringat kat pekerjaan2 yang arwah abah n ibu <kami pggil ibu MA..hehe> buat tok sara hidup...saya salute kat mereka berdua sbab minah sendiri tak pasti minah mampu ke tak buat sama cam abah n ibu minah buat......=)

Abah.........[my hero forever ...=) ]


Allahyarham MAT YAACOB ABDUL AZIZ

Macamana ye minah nak mulakan...abah minah keja tukang kebun sekolah atau nama klaazz sket (pekerja am) dulu kat sekolah, tengah2 belajar nampak abah tengah sapu sampah n sapu longkang...kadang2 nampak abah tengah potong pokok bunga <ala y buat bunga jadi bentuk2 tu, abah minah pndai wat..hehe..> kadang2 jugak tgok abah buat bangunan kat sekolah rendah dulu..klu tak silap buat surau...selain tu, balik dari keja kat sekolah petang2 abah ambik upah buat rumah orang dgan kwan dia pak cik je termasuklah umah kami sndiri abah jugak yang buatkan....glemer gak la abah minah sbb selalu orang suh abah wat umah drang kat kg tue...hehe...abah jugak keja sbgai Jaga Sekolah bila malam. tapi bukan hari2 la seingat minah..3 kali smggu rasanya...last skali abah ada kedai runcit kat umah tu yang dia ushkan dgn isterinya y tercinta ...ibu minah la..hehe....hebat kan abah minah...pagi, ptang, mlam...smua bekerja..tapi minah tak penah rasa kekurangan kasih syang abah dlu.........sayanggg abah............n minah bangga ngan aban n bangga jadi anak abah......

Tapi, minah tak sempat hidup lama dengan abah. 10 tahun jew minah sempat bersama abah..minah ingat lagi saat2 terakhir abah ngan minah...minahlah orang terakhir yang dengar suara abah hari tu...<tak bnyak y minah ingat sbnarnya, sbb minah kecik lagi time tue...tp abg2 minah ada tlis blog psal kematian ayah minah...dari sana la minah bleh ingat sket2.> 

10/11/1997
hari ni balik sekolah ngan abah. <peluk abah kuat2 takut jatuh motor>.."ngengg ngenngg..honda DH 8734"...smpai umah..abah n ibu mkn nasi kat dapur..minah mkn goreng pisang je kat dpan tv sbb dlu kecik2 tak suka mkn nasi n slalu kena mrah...hehe...dah siap mkan abah kuar smbil batuk2, ibu msih kat dpur. Tengah2 abah berjlan keluar dari dapur tu minah tanya "abah goreng pisang nak??> abah jawab n jwapn tu merupakan ayat terakhir abah sebelum abah pergi buat selamanya "nak makan pisang camne, abah batuk ni, tak leh mkan pisang" <noktah> (T_T) hurmmm...pastu abah pegi kat tangga nk buang kahak...kemudian minah dngar suara ibu minah "k.yong tgk abah tu..knp ngan abah tu> rupe2nya abah diserang strok kat tangga tu..nasib baik abah tak jatuh sbb ada palang..ibu ambik abah n dudukkan dia dpn pintu umah..ibu mintak minah panggil atuk n nenek kat umah belakang....(minah lupeeww...) tapi seingat minah sekejap jew umah minah dah penuh dengan saudara mara...ada yang tgah gosok2 kepala abah sambil baca ayat al-quran..ibu plak pcit2 n gosok2 bdan abah smbil panggil nama abah........dari jauh minah hanya nmpak abah cuma mampu kelipkan mata sahaja...tak bersuara..tak bergerak...abah lumpuh sbab strok y serang dia......ya Allah...

3 hari minah pergi sekolah macam biasa (org lain y antr, bkan naik motor ngan abah dah)...tak pernah terfikir abah tengah tenat..tak dapat tgok abah yang tengah tenat tu sbab abah kat ICU bkn semua org bleh masuk (ibu cakap badan abah penuh dengan wayar situ sini)...sehari sbelum abah pergi..mlm tu makcik (CIKDAH) minah cakap esok tak yah pegi sekolah..pegi hospital tgok abah..dah mntak ngan doktor bleh bawak masuk budak tp sekali 2 org jew...(kalau difikirkan mungkin org2 dewasa time tu dah tahu abah dah nazak, sbb tu nak bwak ank2 kecik kat umah ni pegi tgok abah kat hospital..tapi minah tak tahu ape2 time tu ..seronok kot esok nk g jaln2..hurmm..makcik suh tido awal..)

<yang kat bawah ni minah ambik dari blog abang minah sebab minah tak tahu ape sbnyrnya yg berlaku kat hospital...time tu dia tengah exam SPM..besar dugaan abang minah time tue...>

11.11.1997 - Abah boleh dikatakan dah sedar, tapi sebelah badan (kanan) dah tak boleh bergerak. Tak boleh bercakap. Banyak dia buat isyarat mata, tapi tak faham. Khabarnya memang abah kena strok, agak teruk, dan ada tanda-tanda kencing manis. Malam tu, aku berjaga dengan abang sulung (arwah tahun 2000, denggi di JB). Terlelap juga. Kul 5am, ma dan makcu bagitau abah macam menggeliat-geliat tadi, sampai sakit tangan abg pian kena cengkam. After a minutes, abah terus diam, mata tutup.

12.11.1997 - Abah masih tak sedar. Giliran abg no 2 dan pakmuda (adik abah) berjaga. Dapat khabar, jantung abah pulak bermasalah. Aku balik rumah sebab esok SPM start dah. Malam, jam 9pm, dapat call dari Kubang Kerian, abah dah takda. Aku terdiam, sampai jam 2am. Aku masuk bilik, belek buku-buku untuk recover semula. Aku blank....

tu cerita abang minah....ni minah sambung balik citer minah....minah n adik minah angah n kazen yana dah siap2 nk tido, esokkan nk pegi hospital..bentangkan toto depan tv...bunyi call..makcik angkat..dia senyap jew cuma mengiyakan ape y orang disana bagitau..dia letak ganggang...dia ckap abah dah tak ada!!! (minah bdak 10 tahun - perasaan hanya Allah shja y mengetahui) smua orang senyap...makcik kemas bilik abah n ibu...minah n kazen tolong kemas bilik...toto y dah dibentangkan tadi masuk semula dalam bilik...n kami tuggu ABAH PULANG KERUMAH...akhirnya abah pulang ...tapi...........

minah nampak abah...baring...<sebnrnya time tu minah takut dengan org mati> tapi bila abah sendiri..depan mata...<Ya Allah beratnya dugaan kami sekeluarga>....muka abah senyum..ramai orang ckap abah macam tengah senyum...kaku...pakcik panggil kami adik beradik 8 orang masuk cium abah sorang2. Minah cium dahi abah..sejukk (sblom cium, makcik2 pesan jgan bagi air mata jatuh kat abah, nanti abah tersiksa..=( ).....adik ct yg kecik lagi time tu toksu yang dukung n bagi dia cium dahi abah...

orang ramai sngat kat umah malm tu...sedara mara atok smua dok mengaji kat dalam bilik abah..kat luar ibu dalam kebingungan... menangis.. matanya sayu n bergenang..ibu duduk di celah2 orang ramai dlam kebingungan....abang2 5 orang bersandar kat dinding luar bilik abah smbil menangis..minah ada depan abang2 minah tapi dalam kebingungan jugakk..kenapa smua org sedih...abang no 1 n 2 pling teruk nangis..minah ingat lagi abng wa menangis time tue....pastu tok sedara arwah pakcu datang kat minah...dia gosok2 kepala minah n cakap tak pe pakcu ada...tak pe pakcu ada...berapa kali dia ulang ayat tu kat kami adik beradik....

malam berlalu pergi n esoknya abah dkebumikan........minah dah tak mampu nk cerita hari pengubumian tu....cukup la setakat nie...apepun minah bangga dengan ABAH...walaupun abah bukanlah tokoh or hero tapi abah hero n tokoh ayong bah.....

abang cakap: 
Masa kecik-kecik abah selalu cakap nak beli kete, tp tak mampu...aku tak dapat tunaikan.
Masa kecik-kecik abah selalu cakap nak naik kapal terbang, tp tak mampu....aku tak dapat tunaikan.

12.11.1997, abah  meninggalkan dunia, menuju dimensi peralihan sebelum ke dimensi kekal abadi. Meninggalkan isteri, 8 anak dan anak bongsu yang masih 6 bulan di dalam kandungan...<oh ya ibu minah tengah mengandung adik bongsu time abah pergi tu>

abah, kak yong rindukan abah sngat2...saat yong diuji n diduga..saat yong rasa jatuh..saat yong rasa kecewa..saat yong rasa gembira...smua yong nak tunjuk kat abah..abah tak sempat pun tgok yong berjaya bah..dua miggu lagi yong konvo..buat masa sekarang tak tahu lagi sape yang akan teman ibu masuk dewan konvo nanti..untungnya sape yang masih ada ibubapa tak pyah nk pkir sape nk dbawa masuk ke dewan konvo....tapi yong tahu abah mesti gmbira tgok kejaan yong ni kan...abah yong berjaya tamat belajar dengan ijazah kelas pertama...terima kasih abah sebab tinggalkan kami dengan ILMU...abah selalu tekankan pelajaran dulu...............

hurmmm...dengan gaji 464 + upah wat umah + keja2 lain....abah mampu bahagiakan rumah tangganya...sekolahkan anak2 smpai berjaya.......SAYA BANGGA JADI ANAK KAMU....hanya kiriman doa n bacaan yassin yang yong boleh sedekahkan untuk abah.....amin.....

tiga tahun pemergian abah......abang sulung Mohd sofian plak tiggalkan kami buat selama-lamanya...sekali lagi ibu terduduk dengan dugaan hidupnya..sekali lagi ibu kehilangan orang y dia boleh hrapkan...sekali lagi air mata minah jatuh berderai....

kehidupan kami selepas bergelar anak yatim...ibu...arwah abang pian...nnti minah cerita balikk...da tak ada kekuatan tuk bercerita............



kenangan-kenangan bersama abah.......hari raya terakhir bersama abah .......rumah lama sebelom abah buat rumah baru....

kenangan bersama arwah abah n arwah abang pian....<minah kecik time nie..yg ibu minah pegang tu...saya satu2nya puteri time ni...=)>


ayah by aeman

:: MImpi yang InDah::

1.04 a.m.....malam sunyi dan sepi........tertarik ngan lagu nie........nice song n nice lyrics...*_*

Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang
 
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian
Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
 
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
 
TInggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan
Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
 
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti
Sebagai hambaNya kita harus hadapi ape sahaja dugaan yang datang .. jgn bimbang ALLAH ttp ade disamping kite... ♥♥

::Kenapa aku Diuji??::



Kenapa aku diuji??

QURAN MENJAWAB :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAMKAN

QURAN MENJAWAB :
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

KENAPA RASA FRUSTASI?

QURAN MENJAWAB :
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat : 45)

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... "
(Surah At-Taubah ayat : 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah ayat 129)

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB :
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

(Surah Yusuf ayat 12)

source : http://ruangan-agama.blogspot.com

Monday, 2 May 2011

::IBU::

IBU…..
kau bagai rembulan di hidupku,bagai matahari yang menyinari pagi dengan kehangatannya,&kau bagaikan bidadari dalam hidupku.
IBU…..
betapa besar pengorbananmu pada anak2-mu,9 bulan kami ada dalam kandunganmu,
hingga kau mengorbankan nyawa saat melahirkan kami ke dunia ini & membesarkan kami dengan kasih sayangmu yang tulus sejernih air yang mengalir disurga.
IBU…..
beribu2 ku ucapkan terima kasih padamu,
walau ucapan terima kasih ku takkan pernah cukup dengan semua pengorbanan dan kasih sayangmu selama ini.
IBU…..
aku berjanji akan menjadi anak yang terbaik bagimu,
TERIMA KASIH IBU
Ibu...
tiada indah selain belaianmu,
tiada suci selain doa tulusmu,
kasih sayangmu tercurah untukku anakmu.
Ibu...
tiada teduh selain tatapanmu,
tiada lembut selain bahasamu,
lewat untaian kata ini,
Selamat hari ibu...

Weekend hari tu minah balik kg..tempat terbaik kat dunia ni adalah teratak milik ibu n arwah abah minah...walaupun tak segah mahligai orang lain tp cukup bermakna bagi kami sekeluarga. Teratak yang dibina atas titik peluh arwah abah dan adik-beradik minah sekeluarga...<teringat plak kenangan tgok abah buat teratak kami tu dengan abang2 minah...ada yang tolong tolak pasir..bancuh simen..minah pun tlong jgak tapi time tu minah kecik lagi tak la menolong sngat...hehe...tapi rumah tu memang titik peluh arwah abah dan abang2 minah.....tq abah...syang n rindu abah..)

3 hari kat sana...tiba2 minah teringat yang hari ibu makin hampir..minah pun dapat idea ni untuk buat kejutan kat ibu minah..minah ajak abang minah n adik minah angah g kedai perabot tuk belikan hadiah untuk ibu kami. <dua orang tu pun ada syer gak la tp x leh gtau bapew..hihi..oh ya my sis in law pun ada syer gak..hehe..rahsia> 

pergi kedai pertama...hurm...mengamuk abang minah. ye lah tnya berapa harga, bleh plak si penjual tu ckap tak tahu harga...<minah dlam hati da pnas da sket, dia ni nk jual brg ke tak nie>..hehe..lama2 abang minah pun ajak pegi kedai lain....adik minah suggestkan pegi maju jaya perabot....layanan mcam langit dengan bumi...sngat peramah dan sngat membantu kami time nak pilih sofa tue...hehe tq maju jaya perabot..

Minah beli sofa sebab minah tahu ibu minah dah lama dah nak beli sofa baru tapi memandangkan kewangan keluarga tak kukuh. Ibu minah pemdamkan je la...lagipun sofa lama yang arwah abah beli masih elok..minah ingat lagi  abang no 2 minah pernah ckap.."ayu sblom kawin n ikut suami beli la dlu sofa untuk ma". so, minah pegang kata2 abang minah tu smpai la sekarang n minah anggap tanggujawab tu adalah tanggungjawab minah....hurm tertunai juga hasrat tu....

So, kami kat kedai tu tak lama pun...tak sampai setengah jam...dah dapat apa yang dicari..hehe...design pilihan adik n abang minah sebab yang minah pilih dorang ckap tak cantik..design orang tua...hahaha..minah tak kesah janji minah dapt beli hadiah untuk ibu.....

kat bawah ni minah letak pic2 sofa tue...L shape jew...tu je yang mampu...harga rahsia tp memang murah sngat la smpai minah yang menganggur ni mampu beli..hehe.....harga tak penting, yang penting hati kami yang ikhlas....  (ma, nanti bila minah ada duit lebih, minah beli satu lagi yang jenis L shape jugak baru la ckup 6 seat tuk ruang tamu rumah kita tue...maaf dapat beli yang tu jew...tapi minah janji bila minah ada duit lagi minah tambah lagi ekkk.....)




Selamat Hari Ibu MA n SELAMAT HARI LAHIR.................


ibu by aiman

::WaNiTa::

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Sunday, 1 May 2011

:: mY little DreAms::

Sebelum ni minah da ckap kan minah nak mulakan hidup baru ...bkannya fasa baru tu bermaksud minah dah kawin tp fasa baru yang mungkin membuatkan hidup minah lebih bermakna, bahagia dan juga berwarna -warni seperti yang minah harapkan......so, sempena langkah baru dalam hidup minah nie minah nak senairaikan IMPIAN minah sebelum minah berumur 28 tahun...minah akan berusaha untuk mendapatkan semua yang minah impikan nie...InsyaAllah amin2....

1.  Minah nak LESEN KERETA.....hehe
Aduuiii minah menderita sngat sebelum ni sbab nak kemana-mana minah terpaksa susahkan orang sekeliling minah. tapi selagi minah boleh guna kenderaan awam minah akan naik jew cuma kalau keadaan terpaksa je minah kna mintak tlong orang lain. sume tu wat minah susah ati coz selalu susahkan orang...kadang2 minah menangis sorang2 sebab minah nk buat sesuatu yg penting tp minah tak reti nak naik bas camne n minah malu, segan nak mintak tolong orang lagi...semua ni la yang menguatkan lagi semangat minah tuk wat lesen keta nie.....<pakcik pinjam pic pakcik ekk..hehe>

2.  Minah nak beli KERETA.....insyaAllah kalau dimurahkan rezeki....
hehe...kalau lah Allah murahkan rezeki minah n minah dah dapat lesen kereta minah nak beli kereta la...hehe..sebelum ni orang klau ditanya kereta idaman fuhhhhh mcam2 nama kereta yang keluar smpai ada minah tak kenal pun kereta tueh...<tp buat2 tau la smbil sengih2 kerang busuk...hehehe> tapi minah pun ada keta idaman gakk...MYvi SE hehhehe...msti org gelak keta impian minah tue..biarlah sbb minah tahu itu je kereta paling mewah minah boleh miliki or mampu miliki nanti InsyaAllah....minah tak suke keta besar2...canggih2...minah tak reti ngan benda2 canggih tue...MyVi ni comel jew kan...hhihihi...<tggu minah tau..nnti kta jadi satu family k..minah akan syang kamu sngat2> =)

TERIMA KASIH BANYAK untuk teman minah di zaman universiti yang selalu tumpangkan minah ... bnyak btol jasa dia kat minah...semoga Allah merahmati hidupnya sekeluarga dan sentiasa murahkan rezekinya..amin..tq NANA...tq jgak tok kwan2 minah yang selalu tmpangkan minah aj, sah, putra, afni, nurul, emmy, adah, tini, ej n shana.......jasa kamu juga dikenang......hehehehe....

3.  Minah nak ada KERJAYA .........
sape tak nak ada kerjaya kan...minah nak sbelom umo 28 tahun minah nak ada kerjaya minah sendiri...hurmm bestnya bila ada ruang pjabat sendiir, meja, krusi , laptop...blik sendiri...hehe berangan...minah tak kisah kerja apa pun..minah apply jew sume n terima je mana2 pihak yang offer....janji minah kerja..ada duit...bleh tanggung hidup minah..saving utuk masa depan minah..dapat tolong adik-beradik minah dan yang penting sekali minah dapat bagi duit kat Mom minah yang minah sayang snagt tue....minah sayang sngat family minah..merakalah teman minah time minah senang or susah....=)



4.  Minah nak RUMAH idaman....

kalau kawan2 tanya minah rumah idaman minah macamane ...ini lah jwapan minah....minah ni penakutt sangat2 jadi minah tak nak rumah yang besar-besar or mewah mewah sangt cukup sekadar cantik dimata minah dan yang penting sempurna untuk minah berteduh...rumah mewah2 tapi tak ada kebahagiaan kat dalam rumah tu pun tak best jugak...so, bagi minah rumah kecik tapi penghuninya bahagia lebih bermakna...hehehhee..........oh ya jwapan minah kat kwan2 minah ialah  "aku nak rumah yang bila ak bukak pintu aku dah boleh nampak mane dapur, mane ruang tamu, and bilik....hehe..." so bleh byangkanlah berape luas rumah minah tue..hehe...ckuplah sekdar untuk buat minah selesa menghuninya nanti...=)

p/s:  gambar rumah kat atas tu ckup mewah tuk minah..tapi klu dpat wat rumah camtu best jugak..cantikk hehehe..yang pnting saiz rumah tu tak la besar sngat smpai nak cari dapur pun tak jumpa.....hehehehe...InsyaAllah kalau dimurahkan rezeki.....*_*

5. Minah nak bawa MOM minah ke MEKKAH
tipula kan kalau tak ada anak yang nak buat mak mereka gembira....ni lah satu-satunya hasrat dan impian minah untuk ibu minah...inilah yang minah boleh buat untuk membalas jasanya kat minah..minah harap impian minah ni akan tercapai..tu la minah ckap pentingnya SAVING......


6.  jENG jeng Minah nak KAWIN la..........hehehe

sape yang tak nak kawin kan...minah harap suatu hari nanti Allah akan ketemukan dengan pasangan hidup minah hehehe....amin...

sekian saja story minah tuk kali ini..............semoga IMPIAN minah menjadi kenyataan.................yang penting minah TAK NAK JADI KAYA RAYA.........minah nak hidup yang lengkap dan sempurna sahaja...itu jew IMPIAN minah...SEMPURNA.....................................=)


juM DNGAR lagu DREAMS dari AEROSMITH niee...besttt.........

Thursday, 28 April 2011

::haTi::

susahnya nk jaga hati nie...jaga hati orang lagi senang dari jaga hati sndir..........hurmm...

HaTi plezzz jgn mcm nie.............yew...

sya da pnat jaga awk HaTi......skang awk kna jaga sya.....sbb sy da x mmpu nk jaga awk skang ni.....

saya susah HaTi sngat skrang nie......hati lagi....................

mcm2 yang ada dlm kpla ni skang yg buatkan HaTi saya tak tenang..........sblom ni susa ati jew skang ni brdebar plakk..........oh haTi jgn la ada ssuatu yg tak elok berlaku yew.........

SumPah saya tak tau nk buat ape dah tok krngkan bebanan hati nie...Ya Allah bntulah hambamu ini...

sgat2 berharap akan ada keajaiban utk sekeping HATI itu .............need a mirracle darimu ya Allah...kasihanilah sekeping HaTi itu...

tak banyak yg aku minta........cuma berilah ketenangan n kegembiraan pada sekeping HATI itu...........amin...