Blogger Layouts

SeDetiK


Get your own Digital Clock

Showing posts with label ~kedamaian hati~. Show all posts
Showing posts with label ~kedamaian hati~. Show all posts

Friday, 20 April 2012

::Pergi Itu Pasti::


Takziah utk famly Paksuli for pmergian ibunya................

Takziah yu, mokni n sume2.....B strong...........

Al-fatihah buat mok minah @ Tok........semoga ditempatkan di kalangan orng2 yang beriman

walupun x rapat sngat tp terasa juga pemergian arwah

pernah mluangkan masa, main2 di umah arwah time kecik2 dulu

pernah tido rmai2 di umah arwah masa kecik2 dulu

pernah tolong SU mandikan n sikatkan rambut arwah dulu2..........

Al-fatihah...........semoga arwah Tok tenang disana...........amin...............


................................. Mati itu Pasti.......................................


p/s : oh my dear blog!! asal blog pun dah jadi cam fb ni dop tukar timeline tueh...tak reti lah dashboard baru niehh...mane reading listt!!!!!!!!!!!!!11 hishhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.......................suke2 dia je tkar frmat baru.....hummmm

Wednesday, 18 January 2012

:: koLekSi Ceramah Ustaz Don Daniyal ::

Andai HATI ingin MENANGIS...
Menangislah kepada ALLAH dengan TANGISAN kepada DOSA dan NODA yang telah dilakukan....

Andai ingin SABAR...
Sabarlah dengan KESABARAN kepada segala takdir yang telah DIA tentukan...

Andai ingin DIAM...
Diamlah dengan DIAM kepada perkara yang boleh MENSIA-SIAKAN dan membinasakan....

Andai ingin MARAH...
Marahlah dengan KEMARAHAN kepada mereka yang MEMPERSENDAKAN agama ALLAH....! ♥
 
 
1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.

3. Put your hand on the table, perhatikan. Start dr jari kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia & apa benda pun akan start dr kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri impact/kesan yg besar pd masa depan.

4. Then tgk jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la dgn usia remaja..semuanya sweet.. manis mcm jari manis. Ms remaja kita selalu di duga dgn cabaran & dugaan. Hanyan iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.

5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomi & career yg stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.

6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great mind.

7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat apa2 rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita patuh pd petunjuk mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita ♥
 
 
Q:Feeling alone?
A:Innallaha ma'ana (sesungguhnya Allah bersama kita) ♥

Q:Wishing something?
A:Man jadda wa jadda (siapa yang berusaha,dia akan berjaya) ♥

Q:Missing somebody?
A:Ma fi qalbi ghairullah (tiada dalam hatiku melainkan Allah) ♥

Q:Saw evil or do evil?
A:Inni akhafullah (sesungguhnya aku takutkan Allah) ♥

Jaga diri, jaga hati, jaga iman agar sentiasa berada dalam
 
♥ ALLAH boleh DI AKSES di mana-mana kawasan...
♥ LIPUTAN terbaik d seluruh DUNIA...
♥ FREE of CHARGE...
♥ ALLAH tak ada TWITTER, tapi kita kena 'FOLLOW', No PIN BLACBERRY 24434...
♥ ALLAH tiada FACEBOOK,tetapi sila baca status di page AL-QURAN...
♥ Makin kerap dihubungi, makin tinggi kREDIT PERCUMA dan MATA GANJARAN
(PAHALA) ^_^
 

Sunday, 15 January 2012

:: MenaDah TanGan::



Kenapa KIta perlu Menadahkan tangan ke langit apabila Berdoa...........


"Langit merupakan Kiblat bagi doa sebagaimana Kaabah kiblat bagi solat.  Allah S.W.T telah sedia wujud sebelum dia menciptakan segala makhluk."

(Imam Ibnu Hajar al-Asqolani dalam kitabnya, FAthul Bari)

Sources :: Magazine Q&A edisi 1

Wednesday, 21 December 2011

:: Crossroad ::

  

huH.....FUUUuuuuuuuuuhhhhhhhhhhhhh...............hmmmm now minah at da crossroad ..and my mind juz like malay said as "senipis kulit bawang" BUT apepun happen WATEVA LAH...i got crazy if think about it...juz let it go..........fuuuhhhhhhhhhhhh <soh soh pegi jauh jauh> 





Wednesday, 19 October 2011

:: Hopefully berpeluang for.......::



hopefully berpeluang utk memenuhi segala kehendak diri sendiri

 hopefully  berpeluang utk merasa kepuasan after hard work n kesabaran

hopefully berpeluang utk tersenyum lebar + kegembiraan 

hopefully berpeluang utk mnjadi seorg y berjaya...berjaya memenuhi impian diri sendiri

hopefully berpeluang tuk menggunakan segala2 yang dimiliki

 hopefully berpeluang utk merasai "deeply" kebahagiaan

hopefully berpeluang utk merasai "truly" love

Hopefully.......


hopefully berpeluang utk menjadi anak yang bertanggungjawab for beloved MOM..

hopefully berpeluang beri berita-berita gembira n kejayaan for MOM

hopefully berpeluang to be a good kakak n adik for my beloved abang-abang n adik-adik

hopefully berpeluang utk jadi cucu yang berguna tok ayah n mek

hopefully berpeluang utk mlihat family bahagia tanpa sebarang masalah

Hopefully.......


hopefully berpeluang tok menajadi seorang isteri yang terbaik

hopefully berpeluang tok menyalami tangan suami

hopefully berpeluang solat berjemaah wif suami

hopefully berpeluang makan bersama-sama

hopefuly berpeluang meluangkan masa bersama-sama

hopefully berpeluang meniti hari bahagia n duka bersama-sama

Hopefully.......


hopefully berpeluang utk merasai pengalaman sebagai ibu mengandung

hopefully berpeluang utk mendengar tangisan bayi sendiri

hopefully berpeluang utk memeluk bayi sendiri

hopefully berpeluang tuk mndengar bayi sendiri memangil "IBU"

hopefully berpeluang utk melihat dia bersekolah

hopefully berpeluang utk melihat dia membesar dan berjaya

hopefully berpeluang utk melihat dia bekeluarga.....

Hopefully.......


Hopefully  berpeluang menitiskan air mata utk memohon keampunan

Hopefully berpeluang menjadi hambaMu yang Solehah

Hopefully berpeluang untuk menjadi Ahli SyurgaMU

Hopefully doa-doaku dimakbulkan

Hopefully dosa-dosaku DIAMPUNKAN

Hopefully aku berpeluang menjadi Muslimah sejati

Hopefully..................


aku HambaMU


Sunday, 21 August 2011

::saya SaYang aWak::

SAYA SAYANG AWAK

walaupun saya selalu gaduh dengan awak sejak dari kecil dulu...tapi saya sayang awak...

walaupun saya suka mintak baju-baju awak yang saya rasa cntik..tapi saya sayang awak..

walaupun selalu bergaduh berebut channel tv kecil2 dulu

walaupun kecik2 dulu selalu kena marah kat awak sebb saya x dengar arahan awak bila time wat biskut raya

GEMBIRA

Saya gembira bila kecik2 dlu kita selalu main sama.....umah-umah, pondok2, sukan-sukan

saya gembira bila kecil-kecil dulu kita selalu dok depan umah then main bilang no plat kereta yang lalu lalang dpan umah

saya gembira bila cuti awak selalu bawa saya pegi jalan-jalan kat bandar

saya gembira bila tiap kali raya awak bagi duit raya kat saya....wlupun kekadang saya agak mengada

saya gembira bila awak selalu masak ape yang saya suka makan...walaupun y saya mntak tu bukan-bukan

saya gembira bila awak gembira...sebab saya sayang awak..

saya lagi gembira lihat senyuman awakbila awak da jumpa teman idupnya ....sebab saya sayang awak...

saya cakap kat awak, "saya gembira akhirnya awak dapat kebahagiaan hakiki awak"...sebab sy sayang awak

saya sangat teruja dan bersyukur tegok kebahagiaan awak dari hari ke hari......... Syukur awak dapat pasangan yang baik dan menyayangi awak sepenuh hati...saya tersenyum lebar tgk kebahagiaan awak...sebab sy syang awak....

TAPI

kenapa awak juga selalu bersedih............saya x snggup nak tegok

kenapa dugaan selalu menimpa awak....saya x sanggup nak tengok

kenapa awak selalu diuji.....saya x sanggup nak tengok

kenapa idup awak dari dulu smpai sekarang masih jugak ditemani air jernih tu??....saya x sanggup nak tengok

SAYA TAK SANGGUP NAK TENGOK SEBAB SAYA SAYANG AWAK

kadang-kadang saya pikir cara terbaik nak hiburkan ati awak....tapi sy tak tahu macamana

kadang-kadang saya pikir macamana nak buat awak gelak besarrr.....tapi saya tak tahu macamana

kadang-kadang saya pikir macamana nak bagi awak "ghaibkan" semua mslah yang selalu ganggu idup awak...tapi saya tak tahu macamana

kadang-kadang saya rasa TAK GUNA sngat bila tak dapat nak tolong awak...rasa mcam BODOH sangat bila tak dapat cari ayat terbaik tuk buat awk rasa lega.....rasa macam BERDOSA sangat bila saya kadang2 bukan membantu tapi menambahkan lagi masalah awak....

kdang-kadang sedih sangat bila ingat yang awak selalu tolong dan ada time saya susah tapi saya??

AWAK

bagitau lah saya kalau awak perlukan saya....

bagitaulah saya kalau awak perlukan seorang pendengar...

bagitaulah saya bila awak perlukan bahu saya......

SEBAB

SEBAB saya ada je kat sini untuk AWAK

SEBAB awak darah daging saya walaupan bukan seibu sebapa

SEBAB darah awak sama ngan darah saya

SEBAB darah daging saya adalah nadi saya...macamana dengan saya bila nadi saya terluka

SEBAB tiada sebab untuk saya syangkan awak SEBAB awak darah daging saya

SEBAB saya dah kenal awak 24 tahun...saat saya kenal dunia ni awak dah pun bersama saya...

SEBAB TU SAYA SAYANG AWAK

ingat awak

Allah menguji umatnya kerana dia syangkan umatnya 

Allah menguji umatnya kerana dia tahu umatnya mampu mengatasinya ujian tersebut

berdoalah kepadaNya

TAPI YANG PENTING awak ingat satu ayat ni


SAYA SAYANG AWAK......................sebab awak kakak saya.....
hehehhee...x mo sedey2 okey.....=)

Tuesday, 16 August 2011

::JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA (DR.FADILAH KAMSAH)::

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

 Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....


Thursday, 4 August 2011

::KelebiHan RamaDhan::

  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :


    1. (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :


      (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w)  pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada  umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
  • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
  • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
  • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
  • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
  • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
    • - Apabila  dia berdiri maka berdoalah hamparannya :  (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani  tebal kepadanya di dalam syurga)
    • - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut  (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)


    • - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)


    • - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya:  ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)


    • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
  • Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
    • Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
    • Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
    • Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
    • Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
    • Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
      • Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
      • Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
    • "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)
    •  
    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
    • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
    • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam  syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya  hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat  dari pagi  hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
  • Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
  • Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang  salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
  • Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
  • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
  • Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

Saturday, 30 July 2011

::AmpuniLah Aku::

Tuhan terimalah taubatku yang tidak sempurna
aku serba kekurangan dan banyak cacat celanya
Kasihanilah aku wahai Tuhan
Hamba yang lemah ini

Pilu hati aku mengenangkan dosa-dosa yang telah aku lakukan
Ya Allah yang Maha Kuasa 
Kau terimalah taubat hambamu yang berdosa ini

aku tahu aku adalah insan yang lemah
aku juga tahu aku seorang yang jahil 
aku juga tahu bnyak kekurangan yang ada pada aku
aku insaf dan kesal Ya Allah.....
Terimalah Taubatku

Peritnya dan betapa berlikunya hidup aku Ya Allah
deritanya perasaan dan jiwa aku kerana tersasar  dari jalanMu
jalan yang menuju keredhaan mu Ya Allah

aku mencuba sedaya mungkin
namun aku tetap tidak mampu menjadi umatmu yang sempurna
Terimalah taubatku....
Aku mengharap rahmat dari MU 
semoga rahmat itu akan membantu aku mnjadi sempurna.....

detik hati itu telah membawa aku di hamparan ini
Di hamparan ini, aku memohon darimu
dengarlah rintihan hatiku
Kasihanilah aku Ya Allah
Hambamu yang lemah ini
Pengampunan-Mu yang kuharapkan

AMINNN................................

Monday, 25 July 2011

:: RuBBish paRt 2::

saya dah mula nk mengarut lagie kat sini....................hihihihi


Nak pandang tapi tak nampak

Nak sentuh tapi tak terjangkau

Nak cari tapi tak jumpa

Nak genggam tapi tak terdaya

Nak curi tapi tak elokk lew

Nak lepaskan tapi tak mampu

Nak selindung tapi tak boleh....

Nak buat bodoh tapi tak cukup bodoh

Nak buat pandai tapi tak cukup pandai

Nak tidurrrrr tapi tak boleh pejam mata

gud niteeezzz readers............^_____________^

p/s :: nak selindung dari ecah tapi rasanya still  ECAH dapat udang d sebalik batu feringgi =) !!!

Thursday, 23 June 2011

::aiR Mata LelaKi::

Hari ni seharian dok kat hospital sungai buloh bahagian dewan bersalin..macam2 kerenah manusia yang dapat tgok..maklumlah jadi pemerhati yang tak bergaji...nk masuk teman kak ira x dapat so minah dok tnggu je la kat luar sorang2.....

PERSOALAN: lelaki mahal dengan air mata? lelaki susah nak mengalirkan air mata? jatuh ego lelaki if mengalirkan air mata? denggggggggggggg.....slah2..bagi minah, x slah lelaki mengalirkan air mata atas sbb2 tertentu....contohnya hari ni..kalo one day org tnya minah "kat mana nak tengok lelaki menangis"

jawapannya ialah "LABOR ROOM"!!!!! =)

Bukan air mata sedih...tapi air mata gembira menyambut zuriat sendiri...darah daging sendiri......
serius.11 jam menghabiskan masa di dewan bersalin hospital sungai buloh..minah dapat tegok ramai lelaki-lelaki yang mengalirkan air mata kerana sebuah gelaran "ayah, papa, daddy, abah n etc" how beutiful feeling for them...........

sekuat mana pun mereka..segagah manapun..seego manapun...namun seorang demi seorang yang buka pintu kuar dari labor room tu mengalirkan air mata smbil tersenyum2.....sibuk call sana sini...x malu pun kesat air mata ngan tisu......ada sorang negro nie yang gagah perkasa pun menagis bila kuar dari labor room...sblom dia masuk teman wife dia smpat la borak jap...saje layan bosan...kuar2 jew.".i got baby boy, but so sad to see how strugle n my wife pain to deliver that baby till i crying..my wife is strong women i proud with her spirit to deliver my baby...".minah senyum je smbil say "congrates n happy fathers day"....SWEET MOMENT to see their happiness...melihat kaum lelaki yang bergelar "bapa" menangis kegembiraan...... .congrates tok u all semua....

dalam hati minah cakap....hurmmm, di ruang yang sesak ni, ramai lelaki yang mengagumi kehebatan isteri2 mreka melahirka anak mereka......hehehehe.........senyum sorang2 tegok telatah dorang.......hurmmm rasaa tak sabor lak tgok my future usben jadi cam dorang....hikhikhikhikhikhik........ =p

opss blum terlambat kan to say HAPPY FATHER'S DAY..........semoga lelaki2 yang bergelar ayah menjadi pemimpin yang hebat dari segi ilmu agama dan dunia, tegoh imannya dalam memandu  kelurganya ke arah keluarga bahagia yang diredhai Allah..............amin...

buat arwah abah Al-Fatihah...........................


sekian.....