Blogger Layouts

SeDetiK


Get your own Digital Clock

Thursday, 4 August 2011

::KelebiHan RamaDhan::

  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :


    1. (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :


      (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w)  pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada  umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
  • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
  • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
  • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
  • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
  • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
    • - Apabila  dia berdiri maka berdoalah hamparannya :  (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani  tebal kepadanya di dalam syurga)
    • - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut  (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)


    • - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)


    • - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya:  ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)


    • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
  • Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
    • Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
    • Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
    • Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
    • Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
    • Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
      • Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
      • Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
    • "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)
    •  
    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
    • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
    • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam  syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya  hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat  dari pagi  hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
  • Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
  • Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang  salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
  • Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
  • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
  • Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

Saturday, 30 July 2011

::AmpuniLah Aku::

Tuhan terimalah taubatku yang tidak sempurna
aku serba kekurangan dan banyak cacat celanya
Kasihanilah aku wahai Tuhan
Hamba yang lemah ini

Pilu hati aku mengenangkan dosa-dosa yang telah aku lakukan
Ya Allah yang Maha Kuasa 
Kau terimalah taubat hambamu yang berdosa ini

aku tahu aku adalah insan yang lemah
aku juga tahu aku seorang yang jahil 
aku juga tahu bnyak kekurangan yang ada pada aku
aku insaf dan kesal Ya Allah.....
Terimalah Taubatku

Peritnya dan betapa berlikunya hidup aku Ya Allah
deritanya perasaan dan jiwa aku kerana tersasar  dari jalanMu
jalan yang menuju keredhaan mu Ya Allah

aku mencuba sedaya mungkin
namun aku tetap tidak mampu menjadi umatmu yang sempurna
Terimalah taubatku....
Aku mengharap rahmat dari MU 
semoga rahmat itu akan membantu aku mnjadi sempurna.....

detik hati itu telah membawa aku di hamparan ini
Di hamparan ini, aku memohon darimu
dengarlah rintihan hatiku
Kasihanilah aku Ya Allah
Hambamu yang lemah ini
Pengampunan-Mu yang kuharapkan

AMINNN................................

Thursday, 28 July 2011

:: a GreaT nite at Kuale Ganu::

haiiiii......i'm in a good mood today........


x mo citer pnajang lah, kesimpulannya FB tlah menemukan kembali kawan lama time diploma kat dungun aritu..si daha. borak punya borak kat fb rupenya umah sewa daha kat tok jembal jugak. sekangkang kera jew ngan umah abang saya..OH God!! selama ni ktaorg pegi pasar malm yang sama tp x prasan langusng mklumlah dah bertahun dah x bersua muka...

bila dah tau dok dekat jew n rupenya si daha ni keja kat unisza tue, ktaorg pun planning lar tok kuar sama bagi melepaskan windu...hehe....alang-alang pegi kuala terengganu kitaorg pun plan ngan dilah sekali...pegi ambil dilah kat umah dia...rupenya senang je nak cari umah dilah...YEaYYY!! da kenal umah dilah jugakkk....hehe

so, kami pun menghabiskan lah masa kami dengan melepaking smbil borak panjang kat sekitar bndar kuala ganu nie....mula2 g mkan kat restoran tenang kat batu buruk......perghhh bestttt gile makann dia..pastu bila dah kenyang pegi kat dataran shahbandar coz kat situ ada jual2 cam bazar tu smpena khadiran Ramadhan...rabokkk duit jap dok situ hehhee, ktaorg beli shoes n shawls...........then, singgah jap kat waterfront kuala ganu...baru siap jew tmpat nie n SANTEKKKK........dah penat dblikk la umah....hehe...tapi syang x bleh jumpa si comel sofea ank daha...tapi x pew ktaorg dah beli adiah tok sofea comel tue..hehehhehe =)  hurmm tah bila la lagi nk kuar sama cam tu .........................thanx daha n dilah =)

1. Makan kat Restoran Tenang Pantai Batu Burok...






2.  Soping-soping kat Dataran Syahbandar kuala ganu



3. Lepaking kat Waterfront Kuala ganu..














Monday, 25 July 2011

:: RuBBish paRt 2::

saya dah mula nk mengarut lagie kat sini....................hihihihi


Nak pandang tapi tak nampak

Nak sentuh tapi tak terjangkau

Nak cari tapi tak jumpa

Nak genggam tapi tak terdaya

Nak curi tapi tak elokk lew

Nak lepaskan tapi tak mampu

Nak selindung tapi tak boleh....

Nak buat bodoh tapi tak cukup bodoh

Nak buat pandai tapi tak cukup pandai

Nak tidurrrrr tapi tak boleh pejam mata

gud niteeezzz readers............^_____________^

p/s :: nak selindung dari ecah tapi rasanya still  ECAH dapat udang d sebalik batu feringgi =) !!!

Thursday, 21 July 2011

::RotI JaLa sri Ayu:;

 (pinjam pic cik nana punyew.....bleh yew...hehe )

hahahahhahaha...tgok tajuk jew msti korng menyampah kan...hehehehe..atas permintaan ramai saya letak my resipi of roti jala kat sini la yew...(nana punye kerja la ni g promote kat fb..tq laling).  tapi resipi saya tak ada sukatan spesifik...saya masukkan smua bahan secukup rasa or ikut gerak hati jew ..(dlam bahasa mudahnya main campak jew..hhihiihi)


kisah roti jala nie saya dah start pndai buat time umo 12 or 13 dlu...maksu saya (adik bongsu my mom) yang ajar time pergi bercuti umah dia kat kuantan dulu.  sejak tu, saya suka buat sbb orng cakap jala saya cntik..hehe..tapiiiiiiiiii........abang-abang saya dah mula mengadu bosan sbab tiap2 tahun menu hari raya saya same jew roti jala...hahahhahaa...hurmmm kena blajar menda baru lah taun nie..hihi

btw kat bwah nie resipi roti jala campak-campak saya....

selalunya saya dminta oleh keluarga saya tok buat roti jala ni dlam 1 kg or 2 kg tepung gndum (byngkan..menjala dari malm smpai pagi...tido jap pastu smbung balik pagi raya...heheee) almaklumlah keluarga besar kann.........so resipi kat bawah ni base on 1 kg gandum lah....=)

1.  tepung gandum 
2.  telur 4 biji (depends suka ati...nk ltak krang dr ni pun tak pew...nk suh lagi sedap jew..hihi)
3.  kelapa (biasanya sy letak segengam...ni pun bleh letak suka ati je sbb nk bagi dia lemak2 sket...tp jgn 
     bnyk sngt lak...C! resipi sy sume sukati jew...hehehhe)
4.  garam secukup rasa
5.  pewarna
6.  air

cara nak buat senanggg jewww.........trust me!

campur smua bahan kat atas tue...kacau2 smpai tepung tu jadi cair..agak2 la adunan tu bleh kuar kat lubang bila kita msuk dlam bkas nk menjala nnti......

then, bila da siap adunan tue...BLENDER adunan tu supaya dia tak ketul2 tepung tue..coz kalo ketul2 nnti dia tak kuar time nk menjala tue...=)

lpas blander tapis adunan yang dah diblender tueh guna pnapis yang kta gna tuk ayak tepung tok wat kek tue (faham tak what i means ??heheh)

biasanya lpas siap blander n tapis saya biar kejapp adunan tue kemudian saya pegi tgok tv dlu..hehe.. (actually my mom said, biarkan adunan tu skjap bru start masak)

sakng blehlah masak..guna kuali yang leper <lagi better kuali yang tak melekat tue> pusing2 la aduann tu atas kuali...make sure jgn tebal sngat nnti tak sedap or dlm perkataaan lain jadi lempeng plak bkan roti jala...hehehe..(jgn putuus asa kalo first time pusing dia jadi tebal or cam lempeng..buat lagi  coz sy pun cmtu gak dlu...hehe)

x yah balikkan roti jala tue..dah agak2 masak lipat then siap tok di makan.......dlu sy suke lipat tiga sgi ..tp skang gulung jew trus...heheheh....siap.!!! selamat mencuba .........=)

bleh makn ngan ape jew brgntung kat korang lar...biasanya kat kelantan kami makn dengan kari ayam or kuzi....beshhhh

p/s : sori la kalau agak mengarut n melalut kat sini...heheee....=)

Wednesday, 13 July 2011

:: kiSah Saya - namasaya yuyu::



Ada perkara yang saya tahu psal diri saya tapi awak tidak tahu,  dan ada perkara yang awak tahu pasal diri saya tapi saya tidak tahu.....=)
  • Saya NUR HIDAYU BT MAT YAACOB………I’m proud to be her < -------- (sdng mnghargai diri sndiri hee)
  • Saya sngat CLUMSY ……n sometimes suka bersikap SAMBIL LEWA ….siyesly……..!!
  • Seorang yang sngat RENDAH DIRI n kurang keyakinan…….my big weaknesses!!! Thanks to Allah coz giving me a GOOD BRAIN…only my brain je yang bleh sy yakin tok brdpan dgn org lain...hrmmm
  • Saya seorang yang pendiam, sngat pendiam..but kalo da rapat ngan orang tu saya akan buatkan mereka gembira bila bersama saya……….n sngat mudah tersenyum wlupun snyuman saya tak menawan…..heee
  • namun saya agak SUSAH untuk rapat or berkawan dengan LELAKI....kwan lelaki saya boleh dikira dengan jari ....hehhehe....erghhh sy pemalu ogeyy....*blushing* 
  • saya seorang yang tidak mempunyai cita-cita or matlamat....hanya follow saja ape yang terhidang dpan mata...heeeeeeee....
    • Bila stress saya suka MAKAN
    • sangat mudah BERPUTUS ASA....! 
    • CINTA??? LELAKI?? sy bukan orang yg terbaik tok share about 2 perkara nie....i'm too stupid wif this two subject...but saya seorng PENDENGAR yang baik..if u have a problem u can see me....=)
    • Saya syangkan orang-orang disekiling saya…I will do everything to make them happy…that’s me! Sekali dorang syngkan saya…saya syangkan mereka SEJUTA kali deep in my HEART…=)
    • saya LOVE sangat-sangat kat KIDS....but really2 HATE , Geli, Takut kat  ANIMALS termasuklah semut hehhe
    • saya tak suke bunga ROSE tapi sngat suke TULIP hihihi
    • Saya seorg y sensitf…urm sngatt sensitive n cpat moody……but lately, I’m trying hard to avoid this feeling n rasanya saya sudah Berjaya mengwal dat feeling…=)
    • Cepat or mudah MARAH….tapi trust me!! Marah saya tak lama n saya BUKAN seorang yang PENDENDAM =)
    • Penghidap migraine n gastrik sejak dari sekolah rendah lagie…urghhh…=(
    • Sangat mudah mengalirkan AIR MATA n senang terluka……….hukhukhuk…smpai bila nk camni??
    • Sangat takut dengan perkataan BYE…i really hated lost someone yang saya sayang..
    • Seorang yang sangat PENAKUT……..takut gelap, takut lonely, takut sendirian, takut nk cross jalan, takut citer hantu, takut bila orang tinggikan suara depan saya, takut bila orang mula melupakan saya……C!! sngat penakut!!
    • I love chocolate but really2 hate vanilla n strawberry………….
    • I love blue color……..tapi lately try nak mewarna warnikan hidup. Hasilnya mcam terlalu bnyak brang-barang saya yang kaler PINK skang nie …OMG!! Heehe..
    •  FROGGY…love froggy  so much..dlu-dlu  bukan suka sngat pun froggy tapi tgok orng lain ada aNk patung nk jugak merasa but since saya snGat sensitive terhdap bulu2 nie, finally froggy  yg mnjadi pilihan hati till now….
    •  Bila ada problems, saya suka bersendirian…termenung…menagis..berfikir….WHAT’S WRONG?? Then saya kumpul segala kekuatan/solution tok kembali HAPPY n enjoying my life back…=)
    • Saya seorang yang PERAHSIA…………bukan semua orang dpat baca apa yang ada lam kepala n hati saya <maybe la..hehe> RAHSIA saya hanyalah dikongsi dengan orang-orang yang saya betol2 yakin n percaya yang dia mampu menjaga rahsia saya…and of coz orang-orang itu amat bermakna dalam hidup saya……
    • Saya giler membaca novel…sudah beratus2 novel yang dah dibaca n dibeli. Mula mempunyai hobi nie since tingkatan 3 smpai la skang…novel pertama ialah “pergilah sepi” n novel yang sedang dibaca sekarang ialah “ranting cinta si plato” hehehehehe…..
    • Saya giler drama, filem n lagu korea….siyesly…KOREANHOLIC btol….bukan sbb drang tu ensem2 or cntik tapi sbb jalan cerita yang lebih kepda isu kekeluargaan, dkat dngan cara idup kta..<for me cter mlayu trlalu korporatt…hehe sori> skang plakk giler try masak mskan KOREA….hehe
    • I HATE mathematics….urghh numbers make me dizzy n crazy…don’t ask me to remember ur phone number or anything about numbers because I CAN’T remember that…..hukhukhuk
    • HATE to being manipulated by other people….but tak pernah sedar pun telah dimanipulasi..hehhe..its okey!  Dats life….(sy sngat stupid sometime so, plezz jgn manipulated or take advantages of my weaknesses k…=)) oh my I’m begging……..
    • I love travellllllllllll………………………I love shopping <even cuci mata jew> ………..n I love sleppppp
    • Saya boleh hidup kalau saya tak ada handset wlaupn 10 hari…tapi saya akan sasau n gelisah kalau tak dapat bukak laptop saya even 1 day!! < wlaupun lappy ni mkin lama mkin uzur but still love u dear….heehe>
    • My great time is bila bersama kawan-kawan kesayangan saya…berkongsi cerita, berkongsi masalah n bergelak ketawa bersama….SUTERA ORGANIZERS…dats U!! n also my beautiful n great frenz time diploma..GENG OTAI kolej DUYUNG 7 =)
    • saya susah nak membenci orang....even orang tu mess up my life..tapi bila saya dah start benci sy sngatlah benci orng trsebut.....hishhhhh!!! 
    • oh ya!!! saya juga sngat suka tgok bola....Malaysia ...KElantan..Manchester United..hehehe
    • I love my FAMILY so Much……….i will do everything for them even sy terpaksa merempat..everything..
    • SAYA adalah SAYA…SAYA bangga jadi diri SAYA…akan tetap jadi diri SAYA yang sebegini selamanya Never berubah…….plezzz terima segla kekurangan saya okey =)

    KAT BAWAH NIE A FEW COMMENT ABOUT ME FROM MY FRENZZ ......A BESTFRENZZ WHO KNOWS ME FOR MANY YEARS...

    (mula2 ingat nak reveal coment tu dari sape tp finally i decided to make it secret...=) ) tq guys for those comment....ape yang kurang sy akan improvekan untuk menjadi a better person...a better AYU.. ..ada a few comment make me cry laa....luv u guys...*hugss


    • awk ni org yg bersungguh2..awk mmg rase x de yg mustahil..high motivation la kire nyer..tp in the same time awk cepat sikit kecik ati klo de org x support awk..tp cepat je awk positifkan diri balik..lagiiii..awk mmg cepat syg kat org..sampai kdg2 lupe ttg diri sndr:-)
    • ayu is loving,caring and sensitive person..hihihi..whatever is it i still love you...;)))
    • great fren thru hot or rainy days,hardworking,proactive,willing 2 learn,high determination..slightly cengeng but gud la u hv feeling maa huhu
    • ayu seorg yg prihatin, ske ambik berat, ske tolg org, penyayang, baik, leh get long, kdg2 perahsia, leh berkongsi masalah, pendek kate seng la berkawan ngn ayu...
    • u r very hardworking, committed in whatever u do, never give up person, posses good initiative, creative and also very analytical in making the decisions u r the good friend
    • yuyu seorng yg sgt lembut hati,baik,moody skit,selalu rsaukan ape org akan kta,pandai simpan rhsia kwn..kkdg,yuyu tlalu baik smpai biar org lain pijak kepala or mpergunakan yuyu,overall,yuyu mmg seorng kwn yg sgt baik.
    • Passionate and focus on desire through loyalty and friendship even though too secretive (mystery) and hard to get into u…=)
    • either bad and good one, i never mind
    • pendengar yang baik tp bkn pencerita masalah yang hebat, cantik tp tak yakin dengan diri sendiri, sangat baik hati tapi kadang2 agak sensitif, selalu fikirkan kata org lain bkn hati sendiri. itu NUR HIDAYU yang saya kenal.

      ::LIfe is Wonderful n PerFect Two::

      song of da day....mmg lagu ni dah lama..........tapi ter fall in love ngan lagu nie arini ... perfect two and life is wonderful hehehe........=)

      1. life is wonderful


      It takes a crane to build a crane
      It takes two floors to make a story
      It takes an egg to make a hen
      It takes a hen to make an egg
      There is no end to what I'm saying

      It takes a thought to make a word
      And it takes a word to make an action
      It takes some work to make it work
      It takes some good to make it hurt
      It takes some bad for satisfaction

      La la la la la la la life is wonderful
      Ah la la la la la la life is full circle
      Ah la la la la la la life is wonderful
      Al la la la la

      It takes a night to make it dawn
      And it takes a day to you yawn brother
      It takes some old to make you young
      It takes some cold to know the sun
      It takes the one to have the other

      It takes no time to fall in love
      But it takes you years to know what love is
      It takes some fears to make you trust
      It takes those tears to make it rust
      It takes some dust to make it polished

      Ha la la la la la la life is wonderful
      Ah la la la la la la life is full circle
      Ah la la la la la la life is so full of
      Ah la la la la la la life is so rough
      Ah la la la la la la life is wonderful
      Ah la la la la la la life is full circle
      Ah la la la la la la life is our love
      Ah la la la la la

      It takes some silence to make sound
      It takes a loss before you found it
      It takes a road to go nowhere
      It takes a toll to know you care
      It takes a hole to make a mountain

      Ah la la la la la la life is wonderful
      Ah la la la la la la life is full circle
      Ah la la la la la la life is oh love
      Ah la la la la la la love is all sorts of
      Ah la la la la la la life is wonderful
      Ah la la la la la la life is full circle
      Ah la la la la la la life is holla holla
      Ah la la la la la la next up bushwalla-walla
      Ah la la la la la la life is wonderful
      Ah la la la la la 
       
      2.  Perfect Two


      Verse1
      You can be the peanut butter to my jelly
      You can be the butterflies I feel in my belly
      You can be the captain
      And I can be your first mate
      You can be the chills that I feel on our first date
      You can be the hero
      And I can be your sidekick
      You can be the tear That I cry if we ever split
      You can be the rain from the cloud when it's stormin'
      Or u can be the sun when it shines in the mornin'

      Chorus
      Don't know if I could ever be Without you
      'Cause boy you complete me
      And in time I know that we'll both see That we're all we need
      Cause you're the apple to my pie
      You're the straw to my berry
      You're the smoke to my high
      And you're the one I wanna marry

      Cause you're the one for me (for me)
      And I'm the one for you (for you)
      You take the both of us (of us)
      And we're the perfect two
      We're the perfect two
      We're the perfect two
      Baby me and you
      We're the perfect two

      Verse 2
      You can be the prince and I can be your princess
      You can be the sweet tooth I can be the dentist
      You can be the shoes and I can be the laces
      You can be the heart that I spill on the pages
      You can be the vodka and I can be the chaser
      You can be the pencil and I can be the paper
      You can be as cold as the winter weather
      But I don't care as long as were together

      Chorus
      Don't know if I could ever be
      Without you 'cause boy you complete me
      And in time I know that we'll both see
      That we're all we need
      Cause you're the apple to my pie
      You're the straw to my berry
      You're the smoke to my high
      And you're the one I wanna marry

      Cause your the one for me (for me)
      And I'm the one for you (for you)
      You take the both of us (of us)
      And we're the perfect two
      We're the perfect two
      We're the perfect two
      Baby me and you
      We're the perfect two

      Verse 3
      You know that I'll never doubt ya
      And you know that I think about ya
      And you know I can't live without ya
      I love the way that you smile
      And maybe in just a while
      I can see me walk down the aisle

      Cause you're the apple to my pie
      You're the straw to my berry
      You're the smoke to my high
      And you're the one I wanna marry
      Cause your the one for me (for me)
      And I'm the one for you (for u)
      U take the both of us (of us)
      And were the perfect two
      Were the perfect two
      Were the perfect two
      Baby me and you
      We're the perfect two(yeah, yeah)