Blogger Layouts

SeDetiK


Get your own Digital Clock

Sunday 21 August 2011

::saya SaYang aWak::

SAYA SAYANG AWAK

walaupun saya selalu gaduh dengan awak sejak dari kecil dulu...tapi saya sayang awak...

walaupun saya suka mintak baju-baju awak yang saya rasa cntik..tapi saya sayang awak..

walaupun selalu bergaduh berebut channel tv kecil2 dulu

walaupun kecik2 dulu selalu kena marah kat awak sebb saya x dengar arahan awak bila time wat biskut raya

GEMBIRA

Saya gembira bila kecik2 dlu kita selalu main sama.....umah-umah, pondok2, sukan-sukan

saya gembira bila kecil-kecil dulu kita selalu dok depan umah then main bilang no plat kereta yang lalu lalang dpan umah

saya gembira bila cuti awak selalu bawa saya pegi jalan-jalan kat bandar

saya gembira bila tiap kali raya awak bagi duit raya kat saya....wlupun kekadang saya agak mengada

saya gembira bila awak selalu masak ape yang saya suka makan...walaupun y saya mntak tu bukan-bukan

saya gembira bila awak gembira...sebab saya sayang awak..

saya lagi gembira lihat senyuman awakbila awak da jumpa teman idupnya ....sebab saya sayang awak...

saya cakap kat awak, "saya gembira akhirnya awak dapat kebahagiaan hakiki awak"...sebab sy sayang awak

saya sangat teruja dan bersyukur tegok kebahagiaan awak dari hari ke hari......... Syukur awak dapat pasangan yang baik dan menyayangi awak sepenuh hati...saya tersenyum lebar tgk kebahagiaan awak...sebab sy syang awak....

TAPI

kenapa awak juga selalu bersedih............saya x snggup nak tegok

kenapa dugaan selalu menimpa awak....saya x sanggup nak tengok

kenapa awak selalu diuji.....saya x sanggup nak tengok

kenapa idup awak dari dulu smpai sekarang masih jugak ditemani air jernih tu??....saya x sanggup nak tengok

SAYA TAK SANGGUP NAK TENGOK SEBAB SAYA SAYANG AWAK

kadang-kadang saya pikir cara terbaik nak hiburkan ati awak....tapi sy tak tahu macamana

kadang-kadang saya pikir macamana nak buat awak gelak besarrr.....tapi saya tak tahu macamana

kadang-kadang saya pikir macamana nak bagi awak "ghaibkan" semua mslah yang selalu ganggu idup awak...tapi saya tak tahu macamana

kadang-kadang saya rasa TAK GUNA sngat bila tak dapat nak tolong awak...rasa mcam BODOH sangat bila tak dapat cari ayat terbaik tuk buat awk rasa lega.....rasa macam BERDOSA sangat bila saya kadang2 bukan membantu tapi menambahkan lagi masalah awak....

kdang-kadang sedih sangat bila ingat yang awak selalu tolong dan ada time saya susah tapi saya??

AWAK

bagitau lah saya kalau awak perlukan saya....

bagitaulah saya kalau awak perlukan seorang pendengar...

bagitaulah saya bila awak perlukan bahu saya......

SEBAB

SEBAB saya ada je kat sini untuk AWAK

SEBAB awak darah daging saya walaupan bukan seibu sebapa

SEBAB darah awak sama ngan darah saya

SEBAB darah daging saya adalah nadi saya...macamana dengan saya bila nadi saya terluka

SEBAB tiada sebab untuk saya syangkan awak SEBAB awak darah daging saya

SEBAB saya dah kenal awak 24 tahun...saat saya kenal dunia ni awak dah pun bersama saya...

SEBAB TU SAYA SAYANG AWAK

ingat awak

Allah menguji umatnya kerana dia syangkan umatnya 

Allah menguji umatnya kerana dia tahu umatnya mampu mengatasinya ujian tersebut

berdoalah kepadaNya

TAPI YANG PENTING awak ingat satu ayat ni


SAYA SAYANG AWAK......................sebab awak kakak saya.....
hehehhee...x mo sedey2 okey.....=)

Saturday 20 August 2011

::TariK Nafas DAlam-daLam::

tak yah la nak touching-touching k

tak yah la nak terasa sngat k

tak yah la nak emo emo sngatt

tak yah la ambik kesah sngatt

tak yah la nak risau risau sngatt

tak yah la nak ambik ati sangatt

tak yah la nk  sebokk kuarkan air jernih tue...wat membazair jew....

Ikhlass kannn .. so tak yah la nk spin blikk da fact.........

tak yah semakkan kepala tue ngan menda kecikk camni.......

tak yah pkir ape2...tak yah buat ape2...buat bodo jewk...ok ok..

gud .....



Friday 19 August 2011

::Crew a.k.a adik2 a.k.a frenz::

i have a great puasa....kerja with them.........tq so much kamu bertiga yang buat kak ayu gelak tak kering gusi ...start dari sahur ...pegi kerja sesama ..waktu berbuka...smpailah blik keja n tido............kamu semua dah buat kak ayu gembira sngat2 ....even life kat sini a bit bored without my beloved frenzz but korang dah gnti tempat tu ....thanx my dear little sisters.......yam, k.mek n ekin.........=)

tau takk, kak ayu x sempat nak pkir pun mslah kak ayu coz korang alwayz make me have a big smiless.....with your innocent joke...haha....

YaM ~ good LUck for ur next semester...do ur best..i'm praying for u...fighting!!
Kak Mek n EkiN ~ good luck also for both of u..hope ape yg korang nak akn dpat one day even cpat or lambat...kita juz sama2 berusaha n berdoa okey.....

BUKA PUASA TIME <Thanxx Ema Cafe - dok mlayan custmer y agak gila2 nie hehe>



KEJA TIME!!!!!! FIGHTING







TETIBA BUDAK-BUDAK NI G KEJA NGAN MOOD RAYA ARINI .....HAHA





SEKIAN.........................

Tuesday 16 August 2011

::JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA (DR.FADILAH KAMSAH)::

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

 Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....


Friday 12 August 2011

::GAdis Ogos ...hehe::


ingat lagi tak entry minah yang lepas....http://mysteriousofayu.blogspot.com/2011/07/gadis-biasa-yang-bernama-nur-hidayu.html  agak-agak sama ke tak sama???? hehehehe

OGOS
 
suka berlawak
 
mudah tertawan kepadanya
 
sopan santun, caring terhada orang lain
 
berani dan tidak tahu takut
 
agak tegas dan bersifat berkepimpinan
 
pandai memujuk
 
terlalu pemurah dan bersikap ego
 
nilai harga diri sangat tinggi
 
dahagakan pujian
 
semangatt juang yang luar biasa
 
cepat marah dan mudah mengamuk teruma cakapnya dilawan
 
sangat cemburu
 
daya permehatian tajam dan teliti
 
cepat berfikir dan berdikari
 
suka meminpin juga dipimpin
 
suka barangan-angan
 
berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat
 
sangat sensitif tetapi tak mudah merajuk
 
mudah mendapat penyakit
 
sentiasa belajar untuk relax
 
kelam kabut
 
romantik, pengasih dan penyayang
 
suka mencari kawan


----> sama ke tak sama?? sama ke tak sama?? hahahhahaha my sister si angah ckap 90% tepat ape yg dr. Fadzilah gtau kat atas tue bout me y lhir d bulan ogos y sngat best nehh hehe.......cuma angah ckap "berani dan tidak tahu takut" sngat-sngatlah tak tepat sbb kakak beliau ni sngatlah penakut y amat....hahaha....

p/s  : entry ni tuk suka suka jew k...peace =)
source: Dr. Hj Fadzilah Kamsah......

Thursday 11 August 2011

::Wat We CAll BFF::

don't care about to sharing a drinks with them

make jokes about each other and not care

back them up in a fight

tell each other things they'd never told anyone else

be lazy together

get in trouble together

have fun together

Wednesday 10 August 2011

::BuDak DeGil::

ini citer pasal sorang budak degill............

hurmmm...last budak degil ni dating ngan incik doketor aritu incik doketor dah nasihat a few thingss.....

1.  Berhnti habit suka mndi mlam tue...nti u senang dpat fever or batuk blik nnti....
  • INcik doketor ..bukan sy x nak ikut tapi sejak bulan puasa ni sy mndi mlm blik la ..sbb dlu kecik2 emak sy ckap bulan puasa x bleh mndi petang nnti makruh...so, sy mndi la mlam tapi terlewat ke tengah malam sikit  coz sy tak suka mndi terus after siap mkan....hihhi...n lgpun sy blik keja skang ni kul 11.30 mlm baru smpai umah..so incik doketor byang lah kul bape saya mndi k...hehhehe...skang pdan muka saya incik dokter coz dah semnggu batuk2 n got fever bila malam...hukhukhuk
2.  BAnyakkan minum air masak n elak ambik ais..nnti ur tekak bleeding lagi...
  • urghhh Incik dokter tahu tak sy memang x suka minum air masak ...x sedappp...sy suka air y ada rasa msam manis masin kelat payau skett..baru la ada perasaan nak minum incik doktor...tapi kalo saya demam saya dengan automatiknya or dengan rajinnya minum air mineral, siap beli yang "spritzer" lagi tau incik doktor....haaa ais  tu plakkk...ce incik doktor try bayangkan, puasa ni kan,..tgk ais y meleleh2 kat tepi jug air tu (akibat proses kondensasi) cair ati saya incik doktter.....skang, padan muka saya kan incik dokter...dah semnggu batuk2 n got fever bila malam.......hukhukhuk..
3.  Jaga KEsihatan.....skarang u should b thankful coz ur lunge infection tak serious lagi....jgn ambil remeh...
  • baikk incik dokterr............................
seorang budak yang tak degil hanya menggeleng-gelengkan kepala sahaja melihat perangai tak serius budak degil tersebut................hishhhhh DEGIL!!!

NOTE: budak degil tu hanya menangguk anggukan kepala shja bila incik doktor memberi nasihat....jawapan yang diberi oleh budak degil tue hanya dalam kepalanya sahaja itupun selepas sekian lama after hari dating ngan incik dokter tue...

P/S: be a good girl/boy okeyy...jgan jadi mcam budak degil yang tersebut di atas...peace =)
     : karya rubbish again......hehehhehehehe

Thursday 4 August 2011

::KelebiHan RamaDhan::

  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :


    1. (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :


      (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w)  pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada  umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
  • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
  • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
  • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
  • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
  • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
    • - Apabila  dia berdiri maka berdoalah hamparannya :  (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani  tebal kepadanya di dalam syurga)
    • - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut  (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)


    • - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)


    • - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya:  ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)


    • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
  • Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
    • Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
    • Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
    • Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
    • Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
    • Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
      • Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
      • Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
    • "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)
    •  
    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
    • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
    • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam  syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya  hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat  dari pagi  hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
  • Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
  • Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang  salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
  • Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
  • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
  • Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).