Blogger Layouts

SeDetiK


Get your own Digital Clock

Wednesday 18 May 2011

:: CinTa..::


 Dari jiwa dan raga setiap insan ,
bukan hanya melahirkan cinta pada seorang kekasih ,
cinta juga boleh lahir untuk semua makhluk Tuhan .
Cinta Yang Paling Agung ialah ,
Cinta Pada Tuhan Yang Maha Suci ........
Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.

Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan.

Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu. Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia dan membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian dan pertimbangan akal fikiran yang waras.

Cinta yang hanya berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan hina. Oleh hal yang demikian itu, sebagai remaja, terutamanya remaja mukmin, kita sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa dengan lebih memahami makna dan erti serta cara yang sesuai untuk menerima dan memberi cinta kepada seseorang. Jangan hanya membuta tuli dan mengikut tuntutan nafsu semata.

Cinta dan permasalahannya telah menjadi perkara serius yang dihadapi oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dengan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah menyebabkan umat Islam memusnahkan etika spritual - membunuh solidariti dan menodai sosial sehingga ada yang sanggup membunuh dan membunuh diri akibat daripada tekanan perasaan yang sukar untuk dikawal.

Islam tidak memusuhi cinta. Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia.



Bagaimanapun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri seperti:

1. Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap.

Firman Allah s.w.t:
“... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165)

2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Para Anbia´

Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w.

Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji.

Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)

3. Cinta Sesama Mukmin

Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w.

Maksud firman Allah s.w.t:
“... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29)

Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.

Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´syaitan cinta´ sewenangnya-wenangnya.

Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan merupakan cinta palsu walaupun dihiasi dengan rayuan manja kerana itu hanya panggilan ke lembah kebinasaan. Masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlaku dalam hidup dan tidak berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya.


Maka dalam meniti usia, remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun merupakan perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya untuk kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menghancurkan.

Jangan jadikan diri kita sebagai hamba cinta yang hanya berlandaskan nafsu tanpa pertimbangan akal yang waras. Kita seharusnya mengawal perasaan cinta kerana jika terlalu obses terhadap seseorang, manusia biasanya akan hilang kawalan dan tidak dapat menerima hakikat kehilangan, lantas sanggup melakukan sesuatu yang buruk untuk melepaskan perasaan kecewa .............

...end....

Sunday 15 May 2011

::Taare Zameen Par::

Dah lama tak layan citer industan...aritu telayan citer niee...besttt!!! ada sejuta pengajaran or moral of story dsebalik citer nie..especially to those people who have anak yang bermasalah or orang yang bekerja dengan kanak2..pengasuh or cikgu tadika......tanpa sedar rupanya maybe those kids ada msalah nie (disleksia)..bukan penyakit tapi satu gejala yang menyerang especially kanak2..rmai orang y terkenal ada penyakit nie dlu2 termasuklah leonardo da vincci...so jgn memperkecilkan golongan nie kerana kanak2 nie bukannya BODOH tapi mereka INSAN ISITIMEWA....tetapi keistimewaan mereka perlu dicungkil or dicari oleh KITA cam lam crita nie....minah rasa slah sorang ex student minah dulu ada penyakit nie...AHMAD LUTFI....perangai dia sebijik cam lam watak citer ni ISHAAN....tomorrow nak jumpa boss nk citer sal pnyakit nie....=)

 Synopsis:

Ishaan Awasthi is an eight-year-old whose world is filled with wonders that no one else seems to appreciate; colours, fish, dogs and kites are just not important in the world of adults, who are much more interested in things like homework, marks and neatness. And Ishaan just cannot seem to get anything right in class.


When he gets into far more trouble than his parents can handle, he is packed off to a boarding school to ‘be disciplined’. Things are no different at his new school, and Ishaan has to contend with the added trauma of separation from his family.


One day a new art teacher bursts onto the scene, Ram Shankar Nikumbh, who infects the students with joy and optimism. He breaks all the rules of ‘how things are done’ by asking them to think, dream and imagine, and all the children respond with enthusiasm, all except Ishaan. Nikumbh soon realizes that Ishaan is very unhappy, and he sets out to discover why. With time, patience and care, he ultimately helps Ishaan find himself.


Disleksia 

berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.
Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.

Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.

Punca-punca Disleksia

Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.

Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan



Rawatan

Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.











must watching dia film......i'm crying a lot....ngeee ...ishaan u r da best!!!

Saturday 14 May 2011

::WAnita Solehah::

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah"

Panduan Kehidupan untk wanita dr konteks islam: 

Setiap pagi kita bangun pagi sama ada bangun pukul 5, 5.30, 6 atau 6.30
adalah lebih baik jika bangun lebih awal dan elakkan dari terlebih tidur.
Andai kata bangun pukul 6 pagi, buka saja mata ucapkanlah Alhamdulillah.

 Kemudian:-
 1. Lakukan sedikit senaman ringan.

 2. Sebelum masuk bilik air minumlah segelas kecil air suam dan masuk
 bilikair.

 3. Lakukan pembersihan badan seperti mandi dan gosok gigi dengan betul.

 4. Untuk memulakan mandian, mula dari bawah kaki dibawa ke atas badan
 sehingga ke atas kepala

 5. Selepas mandi biarkan seketika sambil lap badan dengan tangan sebelum
 menggunakan tuala. Selepas selesai mandi, kenakanlah dengan pakaian yang
 sesuai, bersih dan disertakan dengan bau-bauan wangi. Solat subuh dua
 rakaat dan berdoa. Kemudian buat persiapan diri sama ada untuk ke tempat
 kerja atau ke tempat belajar.

 6. Ketika mengadap cermin, baca doa dan senyumselama 30 saat.

 7. Pastikan sarapan pagi tidak ditinggalkan. Sarapan pagi sangat penting
 untuk pembentukan rutin makanan sepanjang hari.

 8. Pada tengah hari, makan tengah hari juga perlu dan tidak patut
 ditinggalkan. Biarpun sedikit, tapi ianya perlu ambil.

 9. Ketika makan,jangan makan bersulamkan air. Makan dahulu dan tunggu seketika sebelum minum air. Dan amalkan minum air yang banyak. Jangan  diselalukan minum air sejuk atau air batu. Sekali-sekala tak mengapa.

10. Selepas makan tengah hari, berkumurlah untuk membersihkan dalam mulut.

 11. Selepas itu lakukan solat Zohor.

 12. Pada waktu petang hadapilah hidangan petang dengan meminum teh atau  kopi panas. Lakukan sedikit senaman ringkas atau senaman berat jika ada masa terluang. Lakukan senaman atau kerja yang mengeluarkan peluh selapas solat Asar.

13. Kemudian pergi bersihkan diri dengan mandi. Lakukan mandian seperti  pagi tadi dan jangan lupa berus gigi.

14. Pada waktu malam, selepas solat Magrib, lakukan pembacaan Al-Quran.
 Paling kurang pun satu muka surat. Kemudian lakukan solat Isya. Ketika
 hendak masuk tidur, baca doa-doa ringkas. ! Sebelum tidur, cuci muka dan  berus gigi.

 15. Tidurlah pada waktu awal dan bangun untuk solat tahjut dua rakaat........=)


.......................end.................

Wednesday 11 May 2011

::jangan HIas Keta ngan Anak Patung.............

 sharing is caring...minah jmpa citer ni kat blog  http://greenboc.blogspot.com/2011/01/.........jum bace....

Semalam, saya sampai ke ofis agak awal. Jadi saya duduk dululah dalam kereta sambil mendengar lagu. Tiba-tiba, terkejut saya apabila ternampak kereta peronda polis berhenti dibelakang saya. Dengan penuh gaya, seorang polisi datang ke arah saya.

“Selamat Pagi, Cik Kak..”

“Errr selamat pagi”.. jawab saya, dengan nada yang terkejut. Tahu yang saya nampak panik, polis tu tersenyum sambil berkata:

“Selalu ke ofis, memandu sorang diri ke?”..

“Errr.. ya, saya sorang je. Apahal Encik..?”

“Beginilah, saya cuma nak menasihatkan awak saja. Awak tak buat kesalahan apa-apa, jangan takut. Cuma…macam yang kita semua tahu, sekarang banyak betul berlaku gejala ragut, rogol, cederakan, bunuh.. berlaku kepada wanita. Orang-orang yang tak sihat ni, selalunya akan perhatikan dulu mangsa mereka, beberapa hari sebelum dia nak mengganas”.

“Saya nasihatkan awak, jangan terlalu menghias kereta yang boleh menggambarkan sesebuah kereta kepunyaan wanita. Kalau boleh, anak-anak patung dan bunga-bunga, jangan diletak didalam kereta. Biar ‘mereka’ susah nak membezakan kereta lelaki dan kereta wanita. Lagipun hiasan anak-anak patung ni memang menjadi pemikat kepada mereka-mereka yang suka bersembunyi dicelah kereta, terutamanya dikompleks-kompleks beli-belah untuk mencari mangsa. Sebab mereka tahu, hanya wanita saja yang suka menghias kereta dengan anak patung nih”.

“Banyak kes ragut di tempat parking, mendapati penjenayah berada ditepi kereta mangsa, beberapa minit, sebelum mangsa sampai.. Dan salah satu cara mereka nak tahu kereta tu milik wanita atau lelaki, ialah melalui keadaan dan rupa dalaman kereta itu. Jadi berhati-hatilah, jaga diri baik-baik”. kata polisi itu lagi sebelum berlalu.


“Terima Kasih encik..” jawab saya, bertambah-tambah pucat. Errrrrrrr… . betul jugak. Tiba-tiba terus perasaan takut menjelma.Sebelum ni tak ada pulak. Memang tak terfikir saya sebelum ni, yang hiasan kereta juga mengundang bahaya. Hmmmm… nampaknya Hello Kitty, Pooh dan kawan-kawannya tak boleh lagi berjalan-jalan bersama Kancil saya. Kena duduk kat rumah aje.

Monday 9 May 2011

:: MIss u all so much sayang...::

3 arini nie minah busy skett...busy jadi baby sitter tok anak kawan kakak ipar minah. skarang kat terengganu sedang berlangsung SUKANUN...skn badan2 berkanun..so mami baby busy, minah jaga la sket2 ...i love kids so much...Danish Aiman mengingatkan minah kat anak-anak minah yang dah sebulan lebih minah tiggalkan ...hurm mish u all sayang....

Dulu minah keja kat tadika hehehe...tadika tu skali ngan nursery so, mmg spend time ngan dorang dari pagi smpai ptang la...tu yang kami rapat sngat tue....title minah kat sana "cikgu baik" hehehe...sayang korang...Time keja dulu penah beberapa kali minah  terkejut besar..ya la pagi2 ada ibubapa nk jumpa ngan "cikgu ayu"..terpkir gak, bila masa aku pkul anak orang nie...tapi, bila pegi jmpa parents kat pagar tu rupanya dorang saje nak jumpa sebab anak2 dorang selalu brcerita psal cikgu ayu....ayat yg slalu kuar "mama, papa cikgu ayu baik"..hehehe..tq sayang...fuh legaa..ingat kena marah tadi...hehe

Time sakit haritu gagahkan jugak pegi keja tapi kesian kat anak2 tu coz tak bleh bagi perhatian spenuhnya kat dorang...sebab tu la minah decide nak berenti kerja...hurmm nk berenti keja aritu bkan senang...dua minggu bos minah dok pjuk2 ..jgn berenti la..bercuti je la...smpai dia ckap minah bleh ambik cuti lama mana minah nak ..tapi minah kesian kat bos kalau minah bagi harapan...so minah decide minah nak berenti..if one day ada rezki minah kembali lagi kat sana sebab minah syang sngat2 ngan dorang...bukan gaji yg minah pndang tapi pkerjaan y halal n menggembirakan....kalo nk dikira gaji mmg x spdan dngan kelayakan tapi itu lah kerja yg palingggg best minah pernah buat...kawan2 minah ckap minah ada magic touch dngan kanak2....hehehhe..anugerah Allah.....=)

first2 g keja dulu bos bagi bdak 4 tahun 10 orang tok dijaga...wahhh bkn senang tau if tak da keserasian but minah ambik masa 1 jam jew tok serasi ngan dorang n dah bleh start ajar dorang ABC...hehehe...bila bos tngok camtu, esoknya bos suh ambik bdak 6 tahun sramai 21 orang..HAh!! tension gila n rasa nak berenti keja jew..hehe..bkan pew berat beban pegang 6 tahun...target bos n parents, pndai mmbaca n menulis, mengira n mengaji al-quran...Wah!! rasa terbeban sngat time tu...dah la nk menserasikan diri sekali lagi....hurm tapi minah take a challenge but yg ni 2 minggu baru minah serasi...ye la dorang da besar dan dah pndai berkata2...tapi akhirnya kami serasi seperti "ibu sementara dan anak2nya" kata bos....

Time tu la jgak bos cakap.."ayu you not a good teacher but you will be a good mother to your kids one day"...hehhehehe...amin, semoga minah bleh jadi ibu yang baik tok anak2 minah sendiri nanti..bekerja kat sana buat minah jadi lebih bertanggungjawab...yg penting dulu minah tak pndai masak tapi skang dah pndai...hehe..tak ada yg lebih menggembirakan hati minah bila tngok anak2 seramai 60 orang tu makan masakan minah , air tngan minah...n siap dtang ckap "terima kasih cikgu sedap cikgu masak"....=)

anak-anak cikgu rindu kamu semua sngat2...video2 nyanyian n nasyid y cikgu ajar dulu jadi teman cikgu bila cikgu rndukan anak2.....gambar kamu n wajah comel n ikhlas kamu semua tetap trsemat lam hati cikgu...Doa dan harapan cikgu hnya tok mlihat kamu berjaya one day n b a good childs to your ibubapa....INsyaAllah hari konvokesyen kamu nnti bulan 9 nie cikgu datang eh...

walaupun minah jaga anak-anak 6 tahun...tapi minah suka menyebok g kacau anak orang gak...yang 5 tahun, 4 tahun n plainggg minah suka kacau anak-anak 3 tahun yg cikgu dayah jaga...5 orang jew tp Ya Allah comel2 n bijak berkata2 walaupun kecil lagi...kadang2 anak-anak minah sndriri selalu jelezz sbb minah pegi manjakan yang lain selain dorang...hehehe...cumill jew....

semalam dapat call dari cikgu dayah...kwan baik merangkap adik minah kat sana..baru 18 tp sngat matang...sayangnya dia kat minah smpai hari terakhir tu menangis dari pagi smpai petang...dayah2...kak ayu pun syang dayah gak..dah anggap dayah cam adik akak sendiri dah..nnti kta jumpa if ada jodoh ekk...semlam masa call dayah ckap anak-anak yg selalu nakal time minah mengjar tak habis2 lagi dok tnya bila cikgu ayu nak dtang sini lagi...marah cikgu baru..katanya salah ape y diajar tue, cikgu ayu ajar lain..hehe...syahmi!! nakal tapi cerdikk...ganas tapi manja...heheehee....hurmmmm really miss u alll so much sayang...................<luv>

































Tapi minah boleh berbangga denga apa yg minah dah buat selamat tiga bulan kat sana...dari tak kenal langsung ABC tapi sblum minah pergi hari tu dah boleh membaca walaupun dua suku kata...Tak kenal 123 tapi dah boleh mengira tambah tolak...ada yang tak pernah berckap tapi dah petah bercakap...ada yang takut n selalu menangis dtang sekolah tapi boleh berjalan sendiri dengan yakin masuk pagar sekolah....minah berjaya mendidik mereka....percayalah...MENDIDIK sngat besttt n hasilnya boleh buat kita menitiskan air mata gembira....=)

Thursday 5 May 2011

:: Abah my HeRo::

Baru je siap isi borang mohon keja kat uitm...harap2 dapatlah yew....kalau tak dapat pun nak buat camne mungkin bukan rezeki minah lagi. klu tak dapat "never give up" yew minah....cuba lagi...hurmm tgah2 mintak kerja nie..minah teringat kat pekerjaan2 yang arwah abah n ibu <kami pggil ibu MA..hehe> buat tok sara hidup...saya salute kat mereka berdua sbab minah sendiri tak pasti minah mampu ke tak buat sama cam abah n ibu minah buat......=)

Abah.........[my hero forever ...=) ]


Allahyarham MAT YAACOB ABDUL AZIZ

Macamana ye minah nak mulakan...abah minah keja tukang kebun sekolah atau nama klaazz sket (pekerja am) dulu kat sekolah, tengah2 belajar nampak abah tengah sapu sampah n sapu longkang...kadang2 nampak abah tengah potong pokok bunga <ala y buat bunga jadi bentuk2 tu, abah minah pndai wat..hehe..> kadang2 jugak tgok abah buat bangunan kat sekolah rendah dulu..klu tak silap buat surau...selain tu, balik dari keja kat sekolah petang2 abah ambik upah buat rumah orang dgan kwan dia pak cik je termasuklah umah kami sndiri abah jugak yang buatkan....glemer gak la abah minah sbb selalu orang suh abah wat umah drang kat kg tue...hehe...abah jugak keja sbgai Jaga Sekolah bila malam. tapi bukan hari2 la seingat minah..3 kali smggu rasanya...last skali abah ada kedai runcit kat umah tu yang dia ushkan dgn isterinya y tercinta ...ibu minah la..hehe....hebat kan abah minah...pagi, ptang, mlam...smua bekerja..tapi minah tak penah rasa kekurangan kasih syang abah dlu.........sayanggg abah............n minah bangga ngan aban n bangga jadi anak abah......

Tapi, minah tak sempat hidup lama dengan abah. 10 tahun jew minah sempat bersama abah..minah ingat lagi saat2 terakhir abah ngan minah...minahlah orang terakhir yang dengar suara abah hari tu...<tak bnyak y minah ingat sbnarnya, sbb minah kecik lagi time tue...tp abg2 minah ada tlis blog psal kematian ayah minah...dari sana la minah bleh ingat sket2.> 

10/11/1997
hari ni balik sekolah ngan abah. <peluk abah kuat2 takut jatuh motor>.."ngengg ngenngg..honda DH 8734"...smpai umah..abah n ibu mkn nasi kat dapur..minah mkn goreng pisang je kat dpan tv sbb dlu kecik2 tak suka mkn nasi n slalu kena mrah...hehe...dah siap mkan abah kuar smbil batuk2, ibu msih kat dpur. Tengah2 abah berjlan keluar dari dapur tu minah tanya "abah goreng pisang nak??> abah jawab n jwapn tu merupakan ayat terakhir abah sebelum abah pergi buat selamanya "nak makan pisang camne, abah batuk ni, tak leh mkan pisang" <noktah> (T_T) hurmmm...pastu abah pegi kat tangga nk buang kahak...kemudian minah dngar suara ibu minah "k.yong tgk abah tu..knp ngan abah tu> rupe2nya abah diserang strok kat tangga tu..nasib baik abah tak jatuh sbb ada palang..ibu ambik abah n dudukkan dia dpn pintu umah..ibu mintak minah panggil atuk n nenek kat umah belakang....(minah lupeeww...) tapi seingat minah sekejap jew umah minah dah penuh dengan saudara mara...ada yang tgah gosok2 kepala abah sambil baca ayat al-quran..ibu plak pcit2 n gosok2 bdan abah smbil panggil nama abah........dari jauh minah hanya nmpak abah cuma mampu kelipkan mata sahaja...tak bersuara..tak bergerak...abah lumpuh sbab strok y serang dia......ya Allah...

3 hari minah pergi sekolah macam biasa (org lain y antr, bkan naik motor ngan abah dah)...tak pernah terfikir abah tengah tenat..tak dapat tgok abah yang tengah tenat tu sbab abah kat ICU bkn semua org bleh masuk (ibu cakap badan abah penuh dengan wayar situ sini)...sehari sbelum abah pergi..mlm tu makcik (CIKDAH) minah cakap esok tak yah pegi sekolah..pegi hospital tgok abah..dah mntak ngan doktor bleh bawak masuk budak tp sekali 2 org jew...(kalau difikirkan mungkin org2 dewasa time tu dah tahu abah dah nazak, sbb tu nak bwak ank2 kecik kat umah ni pegi tgok abah kat hospital..tapi minah tak tahu ape2 time tu ..seronok kot esok nk g jaln2..hurmm..makcik suh tido awal..)

<yang kat bawah ni minah ambik dari blog abang minah sebab minah tak tahu ape sbnyrnya yg berlaku kat hospital...time tu dia tengah exam SPM..besar dugaan abang minah time tue...>

11.11.1997 - Abah boleh dikatakan dah sedar, tapi sebelah badan (kanan) dah tak boleh bergerak. Tak boleh bercakap. Banyak dia buat isyarat mata, tapi tak faham. Khabarnya memang abah kena strok, agak teruk, dan ada tanda-tanda kencing manis. Malam tu, aku berjaga dengan abang sulung (arwah tahun 2000, denggi di JB). Terlelap juga. Kul 5am, ma dan makcu bagitau abah macam menggeliat-geliat tadi, sampai sakit tangan abg pian kena cengkam. After a minutes, abah terus diam, mata tutup.

12.11.1997 - Abah masih tak sedar. Giliran abg no 2 dan pakmuda (adik abah) berjaga. Dapat khabar, jantung abah pulak bermasalah. Aku balik rumah sebab esok SPM start dah. Malam, jam 9pm, dapat call dari Kubang Kerian, abah dah takda. Aku terdiam, sampai jam 2am. Aku masuk bilik, belek buku-buku untuk recover semula. Aku blank....

tu cerita abang minah....ni minah sambung balik citer minah....minah n adik minah angah n kazen yana dah siap2 nk tido, esokkan nk pegi hospital..bentangkan toto depan tv...bunyi call..makcik angkat..dia senyap jew cuma mengiyakan ape y orang disana bagitau..dia letak ganggang...dia ckap abah dah tak ada!!! (minah bdak 10 tahun - perasaan hanya Allah shja y mengetahui) smua orang senyap...makcik kemas bilik abah n ibu...minah n kazen tolong kemas bilik...toto y dah dibentangkan tadi masuk semula dalam bilik...n kami tuggu ABAH PULANG KERUMAH...akhirnya abah pulang ...tapi...........

minah nampak abah...baring...<sebnrnya time tu minah takut dengan org mati> tapi bila abah sendiri..depan mata...<Ya Allah beratnya dugaan kami sekeluarga>....muka abah senyum..ramai orang ckap abah macam tengah senyum...kaku...pakcik panggil kami adik beradik 8 orang masuk cium abah sorang2. Minah cium dahi abah..sejukk (sblom cium, makcik2 pesan jgan bagi air mata jatuh kat abah, nanti abah tersiksa..=( ).....adik ct yg kecik lagi time tu toksu yang dukung n bagi dia cium dahi abah...

orang ramai sngat kat umah malm tu...sedara mara atok smua dok mengaji kat dalam bilik abah..kat luar ibu dalam kebingungan... menangis.. matanya sayu n bergenang..ibu duduk di celah2 orang ramai dlam kebingungan....abang2 5 orang bersandar kat dinding luar bilik abah smbil menangis..minah ada depan abang2 minah tapi dalam kebingungan jugakk..kenapa smua org sedih...abang no 1 n 2 pling teruk nangis..minah ingat lagi abng wa menangis time tue....pastu tok sedara arwah pakcu datang kat minah...dia gosok2 kepala minah n cakap tak pe pakcu ada...tak pe pakcu ada...berapa kali dia ulang ayat tu kat kami adik beradik....

malam berlalu pergi n esoknya abah dkebumikan........minah dah tak mampu nk cerita hari pengubumian tu....cukup la setakat nie...apepun minah bangga dengan ABAH...walaupun abah bukanlah tokoh or hero tapi abah hero n tokoh ayong bah.....

abang cakap: 
Masa kecik-kecik abah selalu cakap nak beli kete, tp tak mampu...aku tak dapat tunaikan.
Masa kecik-kecik abah selalu cakap nak naik kapal terbang, tp tak mampu....aku tak dapat tunaikan.

12.11.1997, abah  meninggalkan dunia, menuju dimensi peralihan sebelum ke dimensi kekal abadi. Meninggalkan isteri, 8 anak dan anak bongsu yang masih 6 bulan di dalam kandungan...<oh ya ibu minah tengah mengandung adik bongsu time abah pergi tu>

abah, kak yong rindukan abah sngat2...saat yong diuji n diduga..saat yong rasa jatuh..saat yong rasa kecewa..saat yong rasa gembira...smua yong nak tunjuk kat abah..abah tak sempat pun tgok yong berjaya bah..dua miggu lagi yong konvo..buat masa sekarang tak tahu lagi sape yang akan teman ibu masuk dewan konvo nanti..untungnya sape yang masih ada ibubapa tak pyah nk pkir sape nk dbawa masuk ke dewan konvo....tapi yong tahu abah mesti gmbira tgok kejaan yong ni kan...abah yong berjaya tamat belajar dengan ijazah kelas pertama...terima kasih abah sebab tinggalkan kami dengan ILMU...abah selalu tekankan pelajaran dulu...............

hurmmm...dengan gaji 464 + upah wat umah + keja2 lain....abah mampu bahagiakan rumah tangganya...sekolahkan anak2 smpai berjaya.......SAYA BANGGA JADI ANAK KAMU....hanya kiriman doa n bacaan yassin yang yong boleh sedekahkan untuk abah.....amin.....

tiga tahun pemergian abah......abang sulung Mohd sofian plak tiggalkan kami buat selama-lamanya...sekali lagi ibu terduduk dengan dugaan hidupnya..sekali lagi ibu kehilangan orang y dia boleh hrapkan...sekali lagi air mata minah jatuh berderai....

kehidupan kami selepas bergelar anak yatim...ibu...arwah abang pian...nnti minah cerita balikk...da tak ada kekuatan tuk bercerita............



kenangan-kenangan bersama abah.......hari raya terakhir bersama abah .......rumah lama sebelom abah buat rumah baru....

kenangan bersama arwah abah n arwah abang pian....<minah kecik time nie..yg ibu minah pegang tu...saya satu2nya puteri time ni...=)>


ayah by aeman