Siapa Wanita Cantik?
Wanita cantik ialah:
Melukis kekuatan melalui masalah
Tersenyum saat tertekan
Tersenyum saat tertekan
Tertawa saat hati sedang menangis
Tabah di saat terhina
Mempersona kerana memaafkan
Mengasihi tanpa balasan
Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…
Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU
1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia
menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah
dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkanujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.
2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN
percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yangdihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang
sebenar. kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu
tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau
aku turut sedemikian rupa.
3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikiankerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang
sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang
kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana
keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.
4)TABAH DI SAAT TERHINA
setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan darimanusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan
untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk
meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai
untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti
ketakutan akan azab YANG ESA.
5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah
kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan
kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka
inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.
6)MENGASIHI TANPA BALASAN
kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlahkerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini
kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah
meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG
ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana
melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.
7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI
dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia
sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih
mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak
pernah terlepas dari setiapdoa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.
AMIN...............
BY: FAcebook page : https://www.facebook.com/Allah.Muhammad.Islam.my?sk=photos
that's woman is u dear..
ReplyDeleteInyaAllah amin cah....hope kita semua tergolong dlam glongan wanita solehahl. n sntiasa dberi kekuatan dmi kkuatan tok mnghdapi dis beutiful life. n sentiasa berubah ke arah kebaikan.....amin...=)
ReplyDelete