Blogger Layouts

SeDetiK


Get your own Digital Clock

Sunday 26 June 2011

::keLANTANese.::

hari ni nak bawak isu berat sikit....isu kelantanese......haha.......takut ke  kat sayai?? saya jhat ek?? saya ada wat prngai tak senonoh ek kat kamu smua?? haha...bnyak blog n artikel termasuk la skali page anti kelantan nieh....rasa nak tergelak pun ada...rasa macam2 lah senang...=)

dulu masa form 1..ada cikgu ni Sohani dari Banting Selangor...dia ajar kemahiran hidup..citernya masa dia mengajar tue dia citer camne dia kahwin ngan wife dia org kota bharu (kelate lar) hehe...katanya..sejak kecil lagi dia dah ditanamkan yang orang kelantan jahat..ganas (gedebe) ..so smpai la besar dia memang anti org kelantan....tapi last2 dia kena mengajar or posting cikgu kat kelantan...nk dipendekkan citer jatuh cinta kat org kelantan then kahwin...mula2 klurga tentang tapi last2 trima gak n skang jadi menantu kesayangan la plak....smpai skang beliau dah bermastautin kat kelantan kot.....dia sempat lagi ckap, jgn benci knal dulu baru jatuh cinta...dulu masa dengar cam tak kesah sngat tapi bila da besar ni n dah pengang title wajib bagi anak2 kelantan "perantau"selalu sngat dgar n org citer tak suka kat org kelantan .....(aikkk dorang tak tau ke aku ni org kelantan....syokk je kutuk org kelantan dpan aku yew ??) hahahaha........

sekadar perkongsian idea........nk terima, terima...tak nak terima jgan marah2 tau...minah kawan ngan sume org...sume negeri minah kawan mmg 1Malaysia la........so far, dorang kawan ngan minah...x da la lagi yang x da telinga sebelah..mssuk hospital kena pukul kat "ore klate ni" ....x da la lagi yang kena bomoh2 kat minah....aishhh bab bomoh2 ni sensitif sket...(dgar citer dari org2 luar or pembacaan ramai yang takut kat org kelantan sbb bomoh2...erkkk tapi kat area kg minah tu x da lagi yang kena cmni or yang mengamalkan menda camni...) mungkin kg minah dah moden sket kot wlaupun dikelilingi sawah padi n pokok2 getah.......heheheehhe......setakat bidan kampung tu ada la........so jgn la judge yang bukan2..orang yang x da pegangan agama jew main dngan benda2 syirik tue.............

TAK da pun niat hati nak back up org kampung sendiri...sekadar nak kongsi kenapa org kelantan sngatlah "kenegerian" sperti yang org2 luar ckap tu.........kta berbalik kepada konsep 1Malaysia...bila difikir2 logiknya..konsep 1Malaysia ni dah lama diprakttikkan lam negeri kelantan...sbb tu la wujudnya "kenegerian" or "sek kito" kat negeri kelantan..............heheheheh...btol tak?? thats why la, kalo kat mana2 pun jumpa org kelantan mereka still lagi mengekalkan loghat negerinya..budaya..makanan dan identiti mereka...sbb merek ingat dan x lupa jati diri mereka...lagipun cuba bayangkan org kelantan ckap bahasa "KL" especially lelaki..mesti konfem2 kena gelaknya..."weh, kocok botol budu...pecah botol budu la".......itu lah sebbnya dorang ni suka ckap kelantan jew...so, x da la kena kutuk...tapi bila dorang ckap kelate..kena kutuk gak..."owoh, bnci btol dgar..x leh tinggal ke loghat dia"....hanya diri yang mengalami sahaja yang memahai prasaan mereka............hahehehehe....btol ke tak aku tulis nie...ke merapu jew n x smpai mksudnya.?? hahah

Rakyat atau orang Kelantan dari pelbagai keturunan etnik itu memang merasai nilai kesatuan dan perpaduan mereka. Ada peristiwa-peristiwa pengalaman politik yang boleh kita telusuri. Orang Kelantan tidak gemar kalau mereka dikatakan bersemangat kenegerian dan kedaerahan. Mereka lebih kekitaan dengan rasa ‘samo kito’. Mereka boleh berkelahi kerana politik dalaman tetapi bersatu hati dalam budaya. Bagi orang Melayu Kelantan, faktor agama menjadi pengikat mereka.
Ramai anak-anak Kelantan berjaya di luar Kelantan, menjadi tokoh ilmuan, agamawan, sarjana, pentadbir, korporat dan kongolemerat yang cemerlang. Dengan nilai-nilai agama dan budaya di dada, mereka membantu mendorongkan kemajuan negara. Betapa ramai orang Kelantan berhijrah secara kekal atau sementara ke Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Johor dan ke negeri-negeri lain ‘mencari makan’ dengan membuka perniagaan, restoran, berkerja dengan kerajaan dan swasta. Hal sedemikian tidak sewajarnya diperlekehkan mereka atau negeri mereka akibat kesan dari terencatnya kemajuan Kelantan. Kuala Lumpur bagaikan negeri kedua bagi orang Kelantan dan mereka berada sehingga Sabah dan Sarawak.
Peluang-peluang memang banyak di luar Kelantan. Mereka berada di luar Kelantan, sebab Malaysia itu negara mereka. Kehadiran mereka, sekurang-kurangnya boleh meningkatkan penglibatan bumiputera dalam segala macam bidang. Mereka sama seperti bumiputera yang lain, tidak mahu menjadi warga negara kelas ketiga. Hal ini sesuai dengan gesaan bahawa setiap anak Malaysia adalah potensi modal insan yang boleh maju kalau betul didikan dan diberi peluang. Generasi muda Kelantan juga melimpah di pusat-puat pengajian tinggi awam dan swasta, institut pendidikan guru dan kolej-kolej bahkan di luar negara. Di Kelantan peluang pekerjaan sangat kecil, industri, kilang-kilang tidak berkembang. Kelantan lazimnya penuh sesak dengan ribuan kenderaan setiap tibanya perayaan. Jalan raya melalui Gua Musang atau Grik-Jeli hampir tersumbat, jika sehari dua sebelum Aidil Fitri. Setiap hari pun, puluhan bas ekspres berulang alik ke Kuala Lumpur dan ke bandar-bandar utama di Semenanjung. Pesawat Air Asia, Firefly dan MAS tidak kecewa dengan jumlah penumpang. Natijahnya bahawa orang Kelantan itu dinamik, suka bergerak, melancong, membawa barang dagangan, ziarah dan sebagainya. Di sekitar Kota Bharu, kedai-kedai makan boleh dibuka sehingga larut malam. Kopitiam muncul bagaikan cendawan. Natijahnya mereka suka berbelanja, secara kecil atau sederhana. Ibu bapa masih menerima ratusan ringgit dari anak-anak mereka yang berkerja di luar Kelantan. Bank-bank tetap segar. Ekonomi menjadi hidup dan kemesraan manusia bertaut, meskipun tidak sehebat ibu kota. (petikan blog ibnrajab..)

kesimpulannya...kami sama je ngan orang negeri lain....rakyat malaysia juga..hehe...oh ya,keluarga minah sendiri pun dah ramai yang kawin ngan orang luar...pahang, johor, perak, ....org2 kampung pun dah ramai pilih orang luar jadi pasangan hidup...aman bahagia jugak, x dew pun porak perandaa sebab "ore klate"..

kalu jumpa ore kelate yang jahat tue...bkan semua yang jahat, same je ngan org negeri lain yang buat perangai tue...bukan sebb asal dari mane tapi sebb perangai drang yang jahat ....so fikirlah sebijak-bjaknya yew...=) sebb saya pun berkawan dengan semua negeri so, saya da tengok macam2 perangai orang...tapi x penah pun keluar dari mulut nie "patutlah orang negeri.............." x penah keluar ayat tue....sebab tu hak masing-masing...kita semua dah diberi didikan dunia n akhirat dari kecil lagi...so, sekarang pandai-pandailah mencorakkan hidup kita sendiri terutama yang dah besar panjang nie...kalau kita bijak kita pilih jalan hidup yang elok..kalu kita "terlebih bijak" kita pilih lah "yang terlebih elok" tue...........=) lagipun kita hanya manusia biasa, x layak nak menilai hidup or perbuatan orang lain...............yang penting jagalah ahli kelurga kita sendiri n diri sendiri okey =) kenegerian..no no no no..................tiada kaitan k...semuanya atas diri seseorang tue.........sape yang tak setuju maaf jew...hehe

oh ya tapi..orang kelantan ni memang semangat assabiah tu tak bleh nak elak jugak lah.....kalu g jaln mane2 bila terjumpa je org kg....rasa gembira semcam jew....hehhehe...x kata kat org la..aku sendiri pun.....biarlah baru jumpa time tu je pun, tapi bila tahu org kelantan mmg hepi n leh jadi kawan lew n rasa selamat jew...hikhikhik.......tapi kalo nk lihat dari sudut positif...bukan ke tu elok??

tah lew.............tepuk dada tanya selera.............sape yang nak kawan ngan saya, saya terima dngan hati yang terbuka ...tak kira lah org mane pun...jnji ikhlas berkawan...merapatkan silaturrahim gitu.....pepun saya sayang kelantan saya..........hehe...mesti korang pun syng negeri korang gak kan?? heheehe....luv u Malaysia.............sape nak jejalan kelantan meh la........besttt!!! tapi don't expect much la, negeri kami x la semaju negeri org lain ....tapi kalo nak jalan2 boleh jew..........=) wink wink.................

dulu time minah kena hantar g kulim kedah untuk PLKN org ckap minah org kedah...x caye org klate...mase diploma kat dungun..org kate org teganu....time dok KL org ckap "aikk x cam org klntan pun".............hahaahhahaha.........CCCC!!! 1Malaysia neh....haha..bhsa tamil n mndarin je blum...bahsa sarawak dah bleh dah skett skett blajar ngan junior..hehe....(erkkkk lupa dirikah ?? tak lew...juz blajar longat org....hhehe)  loghat TErengganu pun beshhh jugakk....tq bella n afni yang mmg pekat teganu tue..hihihi......
 HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG.......HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI...LEBIH BAIK HUJAN BATU..................(Even kena merantau mncari sesuap nasi....) terima kasih la negeri2 lain yang bnyak bukak peluang pekerjaan tok ore-ore kelate K...syang korang jugak.........hehehhehe........PEACE.....


kelate dihatiku...........hehe....x mo marah2 yew...

2 comments:

  1. hahahhahah....ayu dan kelantanya....memg terbekkk...

    ReplyDelete
  2. hahahaha.....smpai tak maksud yang aku nk tulis tu ecah?? hahaa...........ecah, best tak kwan ngan aku (sbb ak org klate) ??? hahahahaha =)

    ReplyDelete